Thursday 22 October 2009

- KAHWIN -

Alhamdulillah…hari hari dapat berita tentang kawan-kawan yang nak menamatkan zaman bujang. Semoga kalian semua berkekalan hingga ke syurga. Aku? InsyaAllah akan menjejaki kalian..bila? wallahualam..calon pun tak ada sebenarnya,hehe...
Kepada siapa yang ingin menamatkan zaman bujang, tamatkanlah sekali mesej2 jiwang yang anda beri kepada rakan2 perempuan/lelaki. Padamlah mesej2 yang akan mencurigakan hati isteri/suami anda. Mana tau samada dia membelek telefon anda masa anda tidak sedar.
Bukan apa.kesian kepada rakan2 perempuan/ lelaki anda yang menerima mesej daripada suami/isteri anda yang menyuruh supaya tidak lagi mesej atau telefon suaminya. Kalau ayat yang diberi agak sopan, tidak apa la juga. Cuba fikir kalau rakan anda mendpt mesej yang berbaur kemarahan, yang menunjukkan kita ni mangganggu rumah tangga orang.padahal sudah lama rakan itu tidak mesej anda.sedih.sungguh sedih.
Tetapi apa salahnya jika isteri / suami anda meneruskan persahabatan dengan rakan lain jantina? Tidak perlu risau kerana anda sudah tentu pilihannya.tidak perlu ragu-ragu jika anda telah memilih dia sebagai teman hidup.tidak perlu memutuskan silaturahim sesama manusia. Apa yang perlu, hanya kepercayaan dan usaha anda untuk membahagiakan dia dan memanjangkan usia rumahtangga anda.

conjunctivitis!

Mata merah! Khamis lepas tetibe je aku rasa mata ni pedih, gatal. Tengok cermin…
Ha! Mata merah! Dalam kepala otak aku ni tertulis esok mc? Hahaha!
Tapi disebalik cuti tu, Allah! … keje aku ni dah la banyak tertangguh disebabkan cuti raya hari tu…xkan nak cuti lagi kot…
Balik keje aku terus pergi klinik. Ade pulak doctor tu cakap aku pakai contact lens.. padahal aku baru je bukak cermin mata depan doctor tu. Doctor x perasaan ker?

Dapatla ubat titis ngan ubat mlm.sapu kat mata sebelum tido supaya mata x melekat esok pagi nye…hehehe.. ups x lupe dapat juga mc utk hari jumaat…seronok + risau ..risau ngan kerja kat ofis..sempat ke nak siapkan ? xpe la sehari je…

Tapi ahad mata aku merah menyala lagi! Jumpa doctor lagi. Dpat mc lagi 2 hari…doctor cakap mata aku berdarah! Biar betul! Kang kering, jadi hitam la mata aku! Doctor tu sengih je..hmmm… aku ni cuti mcm nk sambut deepavali je…nasib badan..Orang dah bagi cuti, kite cuti je la..

Hari ni dating ofis, x terdaya tgk invois yang banyak ni! Lagi malas rasanya..tapi cekalkan hati gak la buat kerja..

Thursday 15 October 2009

- HapPy BiRtHdAy LiSa!! -

Selamat Hari Lahir kepada rakan sepejabatku Alicesa John!!

Semoga dimurahkan rezeki, dirahmati Allah.
Semoga apa yang dihajatkan akan tercapai.
Semoga apa yang diusahakan akan berhasil.
Semoga impian yang selalu diucapkan akan dilaksanakan.
Semoga apa yang dilaksanakan akan berjaya.

Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu.



Terima kasih kerana sentiasa menghulurkan bantuan tika aku memerlukan.
Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat kepada diriku.
Aku amat menghargainya.




Wednesday 14 October 2009

RED INDIAN OR COWGIRL?



Company annual dinner, with theme -WILD WILD WEST DINNER-       
who want to be Red Indian or Cowboy/Cowgirl?
headache! where to find that costum?
interdepartment musical video! song and dance musical!
each department must have 6+ performers!
every department very hard practicing!
so many arguing! different idea.. no idea.. until the choreo headache and give up!
but....they still practicing. Congratulation to choreo! who? of course'lah' Henry Goh's staff!


me? just babbling here...hehe..i will come but not perform anything..just eating and watching!



WANTED!!

very creative person who design this poster! see the next poster...


 

HAHAHA!!!

USD 8,000,000!!


pst:- alin, kasut but kau sesuai x dgn dinner ni? aku muat x? nak pinjam blh......huhuhu.....

Wednesday 7 October 2009

~ HAPPY BIRTHDAY! ~

HAPPY BIRTHDAY TO MY FREN..LIZA


liza - rakan di kolej, satu rumah, satu bilik, satu kelas.
kawan gaduh, kawan ketawa, kawan menangis.
takkan kulupa akan kamu.

wish u always in a good health.

Monday 5 October 2009

Kecoh 1 department!
HUH!
"I put my oranges at fridge, semua dah xde…diorg ni suka2 je ambik brg org…x kan I nak label my fruits…put my name at that fruits…"
hahahaha! Pecah gelak 1 department..
"Last week I bought 6 pieces, I already ate 2 pieces…suppose have 4 but all already gone…sape yang ambik ntah…1piece only 60 cents lah….x kan itu pun x boleh beli…"
Aku gelak je la.. nk cakap ape lagi… org tengah marah… baik jgn tegur …
Xpela…at least ade riuh sket department ni…dari pagi masing2 kusyuk buat kerja…
Hidup…
Penuh dugaan
Bersabarlah menempuhinya
Kelak ...tanpa kau sedar..
Besar hikmah yang datang
Dugaan…
Mematangkan fikiran
Membuat kita terus berusaha
Usaha…
Diikuti dengan tawakal
Hanya kepada Allah kita berserah
Dialah yang menentukan segalanya
Peganglah ayat ini
“Allah tidah akan bebankan umatNya dengan apa yang tidak tertanggung oleh umatNya"

~ dia yang kamu cari jua ~

lembutkanlah hatimu …
demi org yang menjagamu
engkau tidak kan rugi apa-apa…
hatimu akan tenang setenangnya…
hilangkan sifat dendammu
sifat itu akan memakan dirimu
lupakan apa yang dikatakan padamu
kerana kemarahannya, dia gagal mengawal perasaan
gagal mengawal fikiran dan percakapan
mungkin juga kerana hatinya terluka
kamu tidak layak untuk berdendam kepadanya
kamu hanya layak menyayanginya
walau apa sahaja yang dibuat
kerana kamu hanya seorang anak
yang akan mencarinya jua ketika kamu kesedihan
kesusahan, kekecewaan…
tidak ingatkah kamu…ketika kamu dizaman kampus dahulu?
siapa yang kamu cari untuk meluahkan perasaan sedih dan kecewa
ketika kamu dikhianati kawan?
Ya, dia yang kamu cari…
dia yang membesarkanmu dengan kesabaran dan kecekalan..
suatu hari, dia yang kamu cari jua...

Friday 2 October 2009

~PATUTKAH?~

You hurt my heart
Patutkah ayat ini dikatakan kepada seorang ibu?
Walaupun tidak secara langsung?
Patutkah?
Jangan kau melukakan hati ibumu
Dia hanya hendak yang terbaik untukmu
Apa yang dia lakukan hanya untukmu
Ya, engkau tidak setuju!
Tetapi fahamkanlah dia apa kehendakmu!
Ceritakan padanya apa perancanganmu!
Sedarlah…
Tanpa restunya, engkau tidak akan berjaya
Adakah engkau tahu dia terluka?
Adakah engkau tahu betapa sakit hatinya?
Adakah engkau tahu hatinya menangis?
Tidak…
Engkau tidak tahu
Kerana engkau hanya berfikir mengikut jiwa remajamu
Ingatlah
Redha Allah, bergantung kepada redha kedua ibu bapa…


-2.04 p.m, office-

~SEPI, SUNYI, SEDIH~

Sepi, Sunyi, Sedih....
Setiap orang tidak lepas dari perassan ini..
Inilah penyakit jiwa...
Apabila sepi menjengah, rasa tidak keruan..
Diri rasa sunyi...sangat sunyi..
Seperti tiada kawan, tiada keluarga.
Seperti diketepikan..
Rasa keseorangan..
Ada yang bijak mengatasi perasaan ini
Ada yang sedih sehingga kemurungan...
Jauhilah perasaan ini..
Berzikirlah! Bertahmidlah! Bertasbihlah!
Bacalah Al-Quran kerana ia penyejuk hati,
pengubat jiwa yang paling mujarab...

Thursday 1 October 2009

Andai kau berkawan

Andai kau berkawan,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan menjauhinya…

Andai kau berteman,
jangalah kerana kebaikannya,
kerana dengan satu keburukan,
kau akan membencinya…

Andai kau bersahabat,
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau berkawan,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tak ceria,
mungkin kau akan menjauhinya…

Andai kau bersahabat,
terimalah dia seadanya kerana
dia juga adalah manusia biasa sepertimu…

takdir....

ape yg telah terjadi, semua itu adalah takdir…
takdir dari Allah, semua itu sudah ditetapkan
kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan
jangan sesekali salahkan takdir
kerana disebalik kejadian itu
terselit hikmah yang besar
kita hanya menunggu hikmah itu
sehingga kadang kala
kita tidak sedar hikmah itu telah berlalu
telah menggembirakan kita
bersyukurlah!
-17/10/2008-
..7.48am, ofis..

-APA YANG SUDAH PERGI, BIARKAN IA PERGI-


Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebioh dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedmikian rupa supaya is tidak terkena cahaya, sebab is adalah suatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan – ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan dirimu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya? Memulangkan matahari kepada tempat terbitnya? Mengembalikan kanak2 ke dalam rahim ibunya? Dan airmata kepada matanya? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menagisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dab tragedy yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. “Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu.” Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak dunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: “ Hei, jangan keluarkan mayat2 itu dari kubur mereka.” Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai: “ Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?” si keldai menjawab: “Aku tidak suka menipu.”

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istan-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan Berjaya, sebab pada dasarnya is adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angina sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kea rah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.
-LA’ TAHZAN-