Thursday 25 March 2010

~runtuhkan~

Runtuhkan egomu agar
dapat menghilangkan
kesombongan dalam diri
Runtuhkan egomu agar
dapat menghilangkan
resah dalam hati.
Runtuhkan egomu agar
apa yang terpendam 
tidak akan menjadi dendam.
Runtuhkan egomu agar 
dirimu tidak sakit akibat diri sendiri.
Menangislah agar tekanan dalam diri
hilang dan mudah sembuh.
Menangis bukan kerana penyesalan
Tetapi...
Menangis kerana untuk
menyembuhkan luka dan kesedihan 
dalam hati. 


~terhasil selepas mendengar luahan seorg sahabat..hehe..ntah pape..tapi i like!~

Wednesday 17 March 2010

AL-FATIHAH

"Dari ALLAH kita datang, kepadaNya jualah kita kembali"
Takziah buat sahabatku
Sabar dan redhalah menerima dugaan dariNya
mungkin itu yang terbaik buat ibumu
ku tahu separuh jiwamu telah pergi
tetapi kita yang masih bernafas
perlu meneruskan hidup ini.
besar sungguh pengorbananmu
menjaga ibumu dan melupakan kehendakmu
semoga kau tabah meneruskan
perjuanganmu.
Syukur kepada Allah kerana kau
sempat menjaga ibumu disaat2 akhir
semoga roh ibumu dicucuri rahmat Ilahi
-AL-FATIHAH-

Wednesday 10 March 2010

~mee tarik~

“Sedap makan mee tarik tadi”..."leka tengok org tu tarik mee".
Aku pelik je dengar mee tarik. X pernah dengar pun.
"jom lina kita makan mee tarik".
Aku apalagi. X pernah tengok dan x pernah makan tu yang nak cuba. Rupanya mee tarik tu ialah mee yang dibuat sendiri. Orang cina yang dtg dari China tu buat mee sendiri. Mee sup. Tapi tgk ramai sangat org kami mkn mee hoon sup je. Lama nak tunggu.
Ni gambar2 yang sempat aku ambil. X Nampak sangat. Jauh. Tapi boleh la. Tempat ni kat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Tapi sekarang dah xde dah mee tarik kat situ. Orang cina tu dah balik China agaknya..

gulung-gulung...

lambung sambil tarik..


buat lagi...



gelek atas tepung...

tarik lagi sambil lambung sampai jadi kecik halus..

KISAH SI IKAN LAGA


Manusia menamakan aku ikan laga. Mungkin kerana spesis aku suka berlaga apabila diletakkan dalam satu bekas yang sama. Aku ditangkap untuk dijual dan dibuat perhiasan di rumah. Aku dan rakan-rakanku dipamerkan di dalam balang plastik di sebuah kedai akuarium di Bandar Baru Bangi. Badan aku berwarna biru.
Satu hari, sekumpulan perempuan melihat-lihat kami. Setelah puas hati, akhirnya aku menjadi pilihan mereka. Aku dibungkus dan dibayar dengan harga RM 4. Aku harap rumah baruku selesa dan cantik.
Aku dibawa pulang dan kudengar bunyi balang berlaga dengan guli-guli dan batu-batu. Aku tersenyum girang. Aku dipindahkan ke balang itu tetapi nyaris aku hanyut di dalam singki tuanku kerana aku terlepas dari pegangan tangannya.
Wah! Sungguh cantik tempat tinggal baruku. Ada rumput laut. Uh! Plastik rupenye. Mata apa yang merah tu? Oh! Si katak plastik rupanya. Pandai sungguh tuan aku bagi aku berkawan dengan katak plastik. Kanak-kanak di rumah itu sungguh gembira melihat aku di rumah mereka.
Satu pagi aku ditinggalkan. Oh, mungkin mereka pergi kerja dan ke sekolah.
Tetapi setelah berminggu lamanya aku keseorangan disini. Tiada org keluar masuk di dalam rumah ini. Kemana mereka semua? Kenapa aku ditinggalkan kelaparan. Badanku sudah tidak secantik dulu. Warna biru dibadanku tidak bersinar seperti dulu. Air di dalam balang ini sudah tidak sejernih dulu.
Mungkin aku dibeli untuk mewujudkan benda hidup di dalam rumah ini. Tidak mengapalah,tetapi aku kelaparan!
Satu hari aku terdengar pintu rumah dibuka. Tuan aku sudah balikkah? Terus aku dijenguk mereka. Mereka terus memberiku makanan. Mereka masih sayang aku lagi rupanya. Mungkin masalah kehidupan yang membuatkan rumah ini tidak berpenghuni. Aku perhati, mereka mengemas beg yg disumbat baju-baju. Aku akan ditinggalkan lagi? Apakah akhir hidupku disini? Mampukah aku bertahan tanpa makanan?