Thursday 29 April 2010

tulang anda sihat?

Sudahkah anda membuat pemeriksaan tulang? Kuku? BMI? Kandungan gula? Jangan ambil ringan dengan perkara yang aku sebutkan tadi. Semalam ada pameran kesihatan selama 2 hari kat opis aku ni. Aku pergi cek kandungan gula, ok lagi. Paras 59. Tak tinggi la tu. pastu pergi pula kaunter kira BMI. Dengan badan aku dan ketinggian, BMI aku normal..x perlu turunkan berat badan, x perlu tambah berat badan. Alhamdulillah. Lepas tu, aku pergi pulak kaunter cek kuku. Ingatkan nak tengok kuku sihat ke tidak rupenya bile misi tu scan kuku aku, katanye, aku kurang vitamin, ada masalah tulang? Ish…sebab x minum susu kot..pastu kurang darah. Dengan kuku je boleh tau banyak info? Hebat! Orang lain satu je masalah. Kurang vitamin. Aku sampai 3? Ape ni lina! X makan ker? Dah cek kuku, aku pergi, cek tulang. Kalau bab tulang ni aku tau sangat la resultnya. Kurang membanggakan. Sah2 aku x minum susu. Ok. Kat kaunter ni, semua staff pakai baju anlene. Xtau la dari hosp or dari anlene. Dorang ni cek guna 1 mesin. Letak kaki je. Sembur air. Xtau la air apa. Pastu tunggu la result mesin tu bagi. Kemudian, pergi kat kaunselor yang menerangkan kesihatan tulang aku yang x berapa sihat ni.
Staff : cik ke puan?
Aku: cik (sambil tersenyum)
Staff: ok cik maslina (kena isi borang k) carta menunjukkan tulang dalam keadaan sederhana. Cik belum kawin, sepatutnya kekuatan tulang kat bahagian hijau menandakan tulang cik sihat. cik dikira ada risiko sakit tulang bila umur meningkat.
Aku tersengih je la dengar. Nak buat ape lagi?
Staff: Cik minum susu jenama apa?
Aku: x minum susu. (sambil tersenyum lagi)
Staff: ok. Saya sarankan cik minum susu anlene regular atau anlene coklat. Dalam usia cik, boleh lagi bina tulang supaya jadi kuat dan sihat. Amalkan minum susu 2 gelas sehari.
Aku angguk2, senyum2.
Staff: Adik ada amalkan minum minuman kafein? Kopi atau Nescafe?
Aku: xda (geleng2 kepala)
Staff: ada minum air bergas?
Aku: xde (senyum2)
Staff: Bagus. Amalkan minum susu 2 gelas sehari, pagi dan malam, banyakkan bersenam dan sentiasa buat pemeriksaan tulang ye dik. Sekurang-kurangnye sekali setahun. Ok.. itu saja
Aku: ok, terima kasih.
Haha! Balik umah aku kene bebel ngan mak pulak! Suruh minum susu xnak minum. Jaga tulang tu. nak guna sampai tua. Wawawa! Sampai hari ni pun mak bising.huhu.. itulah mak yang sayangkan anak. Hehe.. Aku kena displinkan diri aka paksa diri minum susu la nampaknya. Nak sihat maa.



Sedikit info untuk kamu-kamu

Some Facts to Consider
• Bones can begin to breakdown from age 25.
• By weight, our entire skeleton replaces itself every 7 to 10 years.
• Bone is constantly being rebuilt.
• Did you know bone is a living tissue?
• As many as 4 out of 5 people with poor bones don't know that they have it.
• Poor bones affects 1 in 3 women over 50 years worldwide
• Poor bones affect 1 in 5 men over 50 years worldwide.
• Women in Australia are on average not meeting their daily calcium requirements.
• Average calcium intake for women over 19 years is 749 mg/day. The current Recommended Dietary Intake (RDI)1 for food labeling is 800mg/day although many require up to 1000 - 1300mg/day depending on gender and age.
• Mean dietary vitamin D intake in women = 1.2 ug/day. The RDI1 is 10ug.

tulang sihat dan tulang rosak


mesin ni la yang aku cerita tu..

nak tulang sihat? minumlah anlene!

~gambar dari sini~

Tuesday 27 April 2010

sukan tadika epal

ahad lepas aku rajinkan diri tengok sukan tadika epal anak buah aku. Matahari betul2 kat depan. Tapi memang xde tempat duduk yang x kene panas kecuali kat belakang bangunan. Buat apa datang kalau duduk belakang bangunan..ape yang nampak? Yang bawak payung tu sedap la duduk depan. Aku ni jenis x peduli. Selamba je duduk tengah panas. Seronok tengok budak2 bersukan.tu yang x peduli tu. Nak kena jaga si Ali lagi. Maneleh dok diam budak sorg tu. Ibunya? mestila nak bagi sokongan kat Salma (kakak Ali). Sofiya lak mengekor je mana aku pegi. Nasib la. Bagi payung x nak pegang. Sama2 la kene bakar! Rasa menyengat juga la, tapi tang kaki lagi terasa bahang. Ni gambar2 yang sempat aku n kakakku ambik.

si salma ni la yang bersukan..

go RED go!

tengah tggu giliran nak main

eh..eh..dah lari line tu..ooo..nak wat u-turn rupenye..nak ambik side sikit punya jauh daa..

kakak sofiya...awatnya kak..panas ek?

eh..eh..ali pun nak main gak ker?

lariiii!!! op..op..dah senget nak jatuh tuu!!

Ali geram tgk banyak bola kat padang..

dengan pakcik mana la yang ko main ni Ali oiii..

Ibu pun nak bersukan gak..

uish...kecik2 dah bergosip?

inilah hadiah yang kami bawa balik..ibu dapat johan!

cuti yang serupa tak cuti

22/04…khamis minggu lepas..dah lama..tapi nk cite jugak..aku cuti..sebabnya mak + ayah n adik pergi hosp..so xde siapa nak jaga anak2 kakak aku.kakak aku xleh cuti.ade kursus kat kl.so kuoffer diri, aku la yang cuti..kena jaga 4 orang anak sedara + adik aku yang special tu.Umar - 5 bln,Ali - 2 thn, Salma - 5 thn ngan Sofiya - darjah 1. Adik aku 16 thn tp special tetap special.Nasib sorg sekolah.
Huh! Sungguh mencabar kesabaran jaga budak2 ni tau! Tabik spring la kat mak2, ibu2 kat luar sana terutama mak aku la.hehe..mak sendiri mestila no 1!
Aku pasang stategi sendiri la…pas budak2 ni mandi, aku buka CERIA 611! Haha..dok depan tv tu diam2. Cik ina nk masak (konon jer). Baru gerak dah gaduh nak buka channel lain. Adoiii..mula2 aku diam jer. Dah tahap menangis, jerit2. Mana boleh tahan. Nanti si umar lak jaga. Jenuh tu nak tidokan umar. 3 org rebut 2 channel! Buka ape yang Ali nak tengok! Menjerit dah tu. Ha!
Tu baru rebut channel. Ngah sedap umar minum susu, tetibe menjerit, menangis! Ali gigit dahi umar! Sakit! Aku gosok2 lagi kuat umar nangis. Huhu..sian..sampai ke mlm sakitnya. Mane tau? aku gosok dahi Umar depan ibunya.haha! Kakak dah pergi sekolah, aku ngadap laptop. Ngah sedap membaca, tetibe Ali baling kusyen kat aku. Pelepek! Ups! Sorry..x sengaja. Pujuk lagi sorg. AIsh..macam2 la korang ni.
Paling senang! Buka cartoon, bentang toto, tido! Haha! Betul2 tido sampai petang. Opah dorang balik pun tido lagi. Ye la..dah kenyangkan..makan bersuapkan.. (sebab xnak nasi berterabur dikerjakan dek ali..malas!..huhu)

yang dua budak comel ni, Salma n Sofiya


yang ala-ala baik nakal ni, Ali


cik ina...mandikan Umar boleh? hehe

dah mandi!!  dalam buai dah ni...nak tido..


Aisyah..adikku yang istimewa..hehe..

Tuesday 20 April 2010

saya juga prihatin!

Ya! ramai diluar sana yang prihatin tentang penderaan kanak2 dan kes pembuangan bayi yang berleluasa kini. Mari kita menjayakan kempen ini dengan memaparkan logo kami prihatin di blog masing2. Mari kita sama2 menjayakan usaha murni ini.



ibu, bapa, hargailah anak kecil
kerana anak kecil inilah
yang akan berbakti kepadamu
berilah belaian kasih sayang
penuh dengan agama
agar anak kecil ini dapat membezakan
yang baik dan yang buruk
yang dilarang yang diperintah.

anak kecil menigkat remaja,
mantapkanlah iman didadamu
kawallah hatimu, kawallah fikiranmu,
kawallah tingkahmu
fikirkan kemungkinan yang berlaku
sebelum melakukan sesuatu
ingatlah ibubapa yang melahirkanmu
yang menjagamu, yang berkorban untukmu
kembalilah kepada mereka
kembalilah kepadaNya.

Thursday 15 April 2010

Dah lama x jengah blog sendiri..asyik membaca blog rakan2..banyak cerita menarik yang dicoretkan..
Hujung minggu lepas, kemas bilik, kemas barang sendiri, aku terjumpa sehelai kertas yang berlipat2..tertulis puisi yang kudapat dari seorang sahabat di kolej dahulu. Sebelum masing2 meninggalkan kolej dan meneruskan kehidupan masing2. Membina kerjaya masing2. Wahai penulis puisi ini, izinkan aku paparkan puisi kamu yang kau buat untukku. ~jiwang la plak~ 



SATU

Kau bukan Siti Nurhaliza
Bukan juga Aishwarya
Namamu tidak se’gah’ bintang popular
Tidak terkenal di pelosok dunia
Namun, namamu terpahat di minda
Senyumanmu bertakhta di hati
Tutur katamu menggetar jiwa
Tidak jemu menanam kata
Terkadang dirimu kuanggap
Persis tiada apa
Tapi kembali kusedar
Dirimu menyentuh hidupku
Yang seakan layu tanpamu
Gelak tawamu bersatu
Usik mengusik pengikat jiwa
Memberi dan menerima nasihat
Lalu kita menjadi satu
Satu matlamat yang sama
Satu harapan menanti di hadapan
Walau dipisahkan beribu batu
Ketahuilah, ukhuwah fillah ini
Akan tetap menjadi satu
‘UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA’

Friday 2 April 2010

teruja!!!

Aku sangat teruja! teruja tengok gambar kawan aku memanjat batu a.k.a. rock climbing!! Sepatutnya aku join panjat tapi disebabkan ada kenduri sepupu, kenalah aku batalkan program memanjat tu. InsyaAllah Akhir bulan 4 kami akan memanjat di Damai @ batu caves. Ada sesiapa nak ikut? Joommm!!! Mari lakukan aktiviti outdoor beramai-ramai! Best!!












-thanks to alin bagi aku ambik gambar ni kat facebook dia.-