Thursday 2 September 2010

Bersyukurlah

Baru2 ni terima mesej dari kawan kolej. Seorang pemegang ijazah dan juga seorang isteri. Tidak bekerja selama setahun lebih. Katanya dah lebih 50 kerja dia mohon. Sampai 1 tahap dia hanya menggunakan sijil SPM sahaja. Dia dah usaha tetapi segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Rezeki kerjanya belum tiba lagi. Katanya lagi, duduk rumah mengadap intenet sampai tahap x tau nak cari apa.



Kepada pekerja 2 di luar sana, ambillah iktibar dari kisah kawan ini. Hargailah kerja yang kita buat sekarang. Tidak kira susah, mudah, banyak, sikit. Buatlah dengan ikhlas supaya Dia tidak tarik rezeki yang telah diberi. Kalau datang perasaan malas, biarlah berpada jangan sampai kerja terbengkalai.




Bagi rakan2 yang telah berusaha mencari kerja, anggaplah itu dugaan kecil. Carilah inisiatif lain untuk mencari rezeki. Mungkin Allah menurunkan rezeki dengan cara atau bentuk lain. Sentiasalah bersyukur.
Wallahualam.