Saturday 27 November 2010

muhasabah cintaku

Tuesday 23 November 2010

sejadah corak khinzir?


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.


Pilihlah barang untuk beribadah dengan teliti. Biar mahal asalkan berkualiti. Tidak akan rugi orang2 yang menghabiskan duit untuk beribadah.

Bukit Broga II

                        yeah! akhirnya dapat naik jugak..tapi baru bukit pertama....hehehe..





mari duduk rehat dulu.. ^-^



x sampai puncak lagi ada hati tengok gunung tok wan.haha

satu2nya laluan untuk ke puncak..


akhirnya...haruslah sampai ke puncak!
seronok dapat berdiri kat tempat tinggi...jangan terjun sudah..

dah penat mendaki, memanjat, mari kita isi perut dulu!

x perasan member ambik gambar

mari kita pulang!

Monday 22 November 2010

Hari yang seronok!

Seronok sangat2! Kenapa seronok? Sebab seronok la! Dush! Dush! Dush! Keje banyak hari ini. Memang seronok. Cepat je masa berlalu. Xde la aku kacau orang yang tekun buat kerja. Tapi itu sebelum lunch hour. Lepas lunch hour leka dengan intenet. Buka blog sana sini sambil layan facebook dan ym. Lagi 1, layan telefonku, nyawaku juga.. 1 lagi nyawa kena off buat sementara waktu. Kalau borak dengan kawan2 lama, kawan susah senang masa kat kolej, memang tak boleh berhenti. Berhenti kejap pun sebab buat baucer segera. Urgent ok! Jangan main2 dengan borang urgent nanti bos yang datang minta baucer segera tu. X ke malu? Haru! Dah bosan atau mengantok, boleh la layan intenet kejap. Yang penting kerja tetap kerja. Ingat tu kawan2. Ape yang penting, kerja mesti siap!

Wednesday 17 November 2010

Cuba-cuba

Saja cuba2 post guna hp.boleh ke agak2?

Tuesday 16 November 2010

Bukit Broga!

Akhirnya...dapat gak aku panjat Bukit Broga! Dah lama nak panjat sebab mereka2 kata pemandangan kat atas tu cantiikkkk..

cabaran 1.7km bermula...


aku teruja sampai tertinggal kawan2ku..cepat la wei!

kalau nak naik bukit, aku nasihatkan jgn la pakai selipar. gambar kat atas tu kire ok lagi. ada yang pakai selipar jepun! Adoyaii...kesian kaki tu.. (gambar xde kena mengena ngan aku)

pakailah kasut yang sesuai ok! (kaki siapa ntah)


Subhanallah..cantik..




punyala ramai orang nak naik..yang turun pun ramai gak..mendongak aku tengok bukit ni..berdebar dada.. boleh ke aku naik?

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha dari kami sekeluarga.

 

 

Wednesday 3 November 2010

Macam-macam

Ibu dia suruh baca buku, dia pulak panggil-panggil ibu” Ibu……ibu…..
“Padahal ibu depan mata dia je. Teringat mak dulu, tengah basuh kain, sorang sorang tanya soalan matematik. Tertoleh toleh mak tengok soalan tu.”
Mak mengimbas zaman kami sekolah dulu. Mak kat bilik air pun kami tanya kerja sekolah.
Teringat artikel yang pernah aku baca. Sesibuk mana pun, anak tetap penting. Anak akan rasa dihargai dan rasa kewujudan dirinya. Untuk lebih lanjut baca blog UZAR.
Mak bercerita lagi. Dulu makan ramai2. Masing2 tau nak buat apa. Bentang surat khabar (rumah kami xde meja makan, xde kusyen), hidang nasi, gulai, sayur. Makan ramai2. Baca doa makan. walaupun bergaduh mulut x puas hati, kemas tetap sama2. Biasalah adik beradik 8 orang. Penuh 1 rumah. Bila masing masing ada yang sekolah pagi petang, waktu makan malam tetap bersama. Itu dulu.
Lepas sorang2 keluar rumah (sambung belajar kat U @ kolej ok) Makan berjemaah cuma pada Ramadhan saja.


Aku yang pelik ke, degil ke, x paham keadaan ke, x paham perasaan orang dalam rumah? Hehe.. Ramai2 orang kat rumah tu, aku la yang rajin bawa kawan datang rumah. Siap bermalam lagi kat rumah yang comel tu. Aku juga la yang suka bermalam rumah kawan. Tak kira rumah mak ayah atau rumah sewa mereka. Berkali-kali pula tu. Yang paling tak lupa, pergi rumah kawan masa raya haji. Raya Haji ok! 

Tapi semua dengan keizinan mak ayah. Walau aku kat Melaka,(dulu belajar kat Melaka) mak kat Bangi, sebelum keluar hostel, telefon mak, bagitau nak keluar pergi bandar. Kawan2 yang lain semua mungkin pelik. Tapi aku peduli apa! Restu ibu kan penting.  :D


Baru2 ni aku pergi sini lak


 Kompleks Penjara Kluang



Watpe kat situ? Kawan aku cikgu kat sekolah integriti. Sekolah dalam penjara. Mengajar budak2 juvana. Berani x dia? Hehe.. Seronok dengar dia cerita pengalaman mengajar kat sana. Tu namanya dia ikhlas mengajar x kira siapa. Kali ni pergi Kluang dia bawa masuk kuarters penjara. Kebetulan ada raptai sempena Hari Penjara Kebangsaan. Aku memang suka tengok orang pakai uniform. (Bakal pun suka pakai uniform) Lalalala~







 mari kira pulang!

Tuesday 2 November 2010

Jenis Makanan - Diet Rasulullah -

sumber : Email
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam