Saturday 29 September 2012

menjejakkan kaki di pasir PD...

                                                                                                                           Muka pelik je..tengah fikir ape agaknya tu..


Ibu ada kursus jabatan kat PD. Alhamdulillah bos bagi 1 bilik kat ibu-ibu yang ada anak bawah 2 tahun. Tapi ayah alif pulak tak boleh cuti. Alhamdulillah, ibu ramai adik beradik. Semua makcik alif, ngan sepupu ikut p PD. Aku sibuk berkursus, jadual padat! Alif berjalan dengan sepupu2 ngan makcik2nya. Balik bilik alif tidur lenaaaaa...huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 19 September 2012

nak 1 bolehhh.....?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 16 September 2012

alif 5 bulan

Alhamdulillah...semalam alif dah 5 bulan.  Comot mukanya..ruam susu..kejap ada, kejap xde..mcm biskut lak eh..


alif dah kenal ibu ayah

alif dah pandai pusing bila org nak ambil (xnak org lain la maksudnye tu)

alif dah pandai hulur tangan bila org hulur tgn nk dukung

alif dah pandai senyum

Alif pandai gelak

alif dah pandai gurau (buat2 batuk)

alif  dah ada 2 batang gigi bawah

alif dah berdiri tapi dalam walkerlah..hehe

paling alif pandai, tgk tv ler..

Alif dah menyemburrrr

Tapi alif xtau meniarap lagi...xpe..pelan2 ye alif..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 15 September 2012

rezeki

Kenapa pertikaikan rezeki orang lain? Tetamu yang datang rumah, dikatakan rezekinya kalau kita terpikir nak masak lain dari yang lain. Waima kita masak simple, tetap dikatakan rezeki.


Kita, tuan rumah, keluarkan rezeki (duit) untuk menjamu tetamu makanan yang pastinya terbaik dan sedap. InsyaAllah, niat yang baik, rezeki kita pasti tidak kurang. Seperti sedekah, walaupun kita kekurangan, pasti rezeki itu akan bertambah. Sentiasalah ingatkan diri. Rezeki yang kita dapat bukan hak kita sahaja. Sebahagiannya adalah rezeki orang lain yang disalurkan melalui kita. Janganlah mengeluh kerana menjamu orang, kita lari bajet. Ada rezeki lain darinya. Mungkin ini caranya Allah nak tolong kita berkongsi rezeki yang dibagiNya.


Bersyukurlah..bersyukurlah kerana kita tergerak berkongsi dengan orang lain. Bersyukurlah kerana Allah menolong kita untuk berkongsi rezeki yang Dia bagi.


Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang BESAR tersembunyi. Wallahualam...






Ps: alif tgh tido..kena masak cepat kalau x, maunye x mkn..huwaaa..! Daaaa....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 14 September 2012

seronok borak ngan atok aman ye...

Ahad lepas, (cite dah basi...kikikih..) ayah mertua datang beraya rumah kami. Pandai alif layan atok dengan nenek kiahnye. Seronok ye alif ' borak' dengan atok aman. Hari-hari jumpa atok ja-ie..hari tu jumpa atok aman, nak tido pun x jadi ye alif.


Sebenarnya hari tu jugak mak su asben dgn anak2nye datang. Mak, kakak, adik2 dengan anak buah aku ada datang jugak. Tapi x teringat nak ambik gambar sebabnya budak2 ralit main game kat tab ni. kamera pun lupa nak keluarkan. Al maklumlah..rumah ni jarang orang bertandang. Hihihi.. Sorry ye mak sue..xde gambar beraya kat umah kami.huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 6 September 2012

alif dapat kereta...

Tekun sungguh ngadap mainan atas tu.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 2 September 2012

dah ade gigi laa...

22/8/2012-Nak tido tapi dah masuk buai pun bunyi2 lagi merengek. Pelik gak..bagi puting, gigit2, dikeluarkan balik. Pelik. Aku rasa gusinya. E'eh..dah ade gigi la! Patutla serba x kena. Patutla rasa dedar je. Demam nak tumbuh gigi rupenye. Alhamdulillah demam x kuat. Sekali dengan selsema dan batuk lak tu. Gara2 balik lewat malam kot. Rezeki alif, selsema dgn batuk x tahap meleleh, x tahap batuk x leh tido. Alhamdulillah. Antibodi kuat anak ibu ni. Semangat lawan sakit kuat ni. Lena je tido.


Published with Blogger-droid v2.0.4