Kita dengar bukan untuk menghakimi
Kita dengar bukan untuk membenci
Kita cakap bukan untuk dia ikuti
Kita cakap bukan untuk dia turuti
Dia cakap untuk didengari
Kita dengar kerana hormat
Dia cakap untuk meluahi
Kita dengar untuk menyantuni
Kita cakap, dia dengar
Dia cakap, kita dengar
Dia dengan cara dia
Kita dengan cara kita
Hanya satu yang sama
Berserah kepada YANG ESA
18.09.2021
Sabtu
9.00 pagi