2 Disember 2010..Lepas solat isyak baru aku perasan beg duit comel aku hilang. Puas cari merata ceruk tempat dalam bilik. Dua kali turun bawah tengok dalam kereta tapi hampa. Tak nampak kelibat beg duit comel aku tu.Semua kad yang penting ada dalam beg comel tu. Kad pengenalan, 2 kad ATM, kad insurans, lesen memandu. Duit kutu kawan aku yang tak sempat nak masuk dalam akaun dia. Allahuakbar!
Sampai termimpi-mimpi. Mimpi jumpa kat dalam beg, mimpi ada orang pulangkan. Tapi mimpi hanya mimpi.
Aku redha. Pasrah. Positif. Ada hikmah. Ada sebab semua ini terjadi. Doa kupanjatkan.
21 Januari 2011..aku cuti! hehe..tapi bukan cuti duduk rumah rehatkan diri tapi pergi ambik kad pengenalan, buat lesen baru, buat kad ATM, ambik borang nikah, hantar surat nak sewa dewan. Alhamdulillah..selesai semua.
Alhamdulillah..Petang tu juga aku dapat balik segala dokumen yang hilang. Ada hamba Allah jumpa dompet comel tu kat area rumah aku.
Alhamdulillah..selamat segala dokumen yang penting dari disalahguna. Sekarang ni kan macam2 kes. Duit? Sudah pasti seposen pun takdak! Memang rezeki
tak halal orang yang jumpa dan campak dompet comel aku tu.
beg comel yang dah berlumpur
kad2 penting yang bersalut coklat lumpur
hmmm...simpan saja buat kenangan. hehe.
..ALHAMDULILLAH..