Thursday 18 October 2012

Usaha yang terbaik

amalkan baca semasa sujud terakhir solat fardu (2 orang anak, baca 2 kali)


anak akak tu dapat anugerah dekan
tiap-tiap semestar
oh! tak sangka
anaknya pandai, bijak
anak dia tengah tunggu tawaran belajar kat Luar Negara

kakak itulah yang rajin masak
masak banyak, makan ramai-ramai kat pejabat
selagi ada, selagi itulah dia pelawa
boleh dikatakan tiap minggu
pasti ada makanan yang dimasak

Allah membalasnya dengan mengurniakan
anak yang bijak, pandai
berjaya tiap semestar
itulah rezeki yang tersirat
yang mungkin kita tak perasan

janganlah teragak-agak
buat kebaikan, banyakkanlah memberi
Allah balas dengan
pelbagai cara
antara sedar atau tidak
buatlah dengan rela hati

lain orang, lain hikmahnya
redhalah kerana setiap apa yang Allah bagi
itulah yang terbaik untuk kita
berusahalah untuk mendapat yang terbaik dariNya




** ambil iktibar setiap apa yang berlaku disekeliling kita**

Monday 15 October 2012

Muhasabah diri


ku melihat seorang insan
tutur kata yang tidak sempurna
tetapi mencuba untuk berkata
tetap menghadiri kursus
yang memerlukan pertuturan yang jelas
sungguh berani insan itu
aku tidak seberani itu.. :(

seorang ibu
tabah membesarkan anak
bekerja keras walau tidak dihargai
kerja dengan ikhlas penuh kesabaran
agar diberkati Tuhan

seorang pekerja
kelam kabut buat kerja
untuk mengejar tarikh yang diberi
kesana kesini seorang diri

lihat sisi lain
tersengguk sengguk depan komputer
tapi bukan kerja yang terpampar
apakah?
oh! bukan kerja aku
dimana sifat bekerjasama?

bos oh bos
keluarlah dari bilik selesa itu
fahamilah kerja kakitanganmu
arahkanlah kerja bersama-sama
kerana mereka tiada sifat bantu-membantu

oh! batu api
ada dimana-mana pejabat
tiada sifat tolong-menolong
belah sana kau hasut
esok, belah sini pula kau mengata

oh! diri
sedarlah diri
rezeki dari Ilahi
keberkatan di cari
bukan kemurkaan diri
Ingatlah Ilahi
agar sedar diri
Muhasabahlah diri
dari orang disisi






11.30a.m.

Saturday 29 September 2012

menjejakkan kaki di pasir PD...

                                                                                                                           Muka pelik je..tengah fikir ape agaknya tu..


Ibu ada kursus jabatan kat PD. Alhamdulillah bos bagi 1 bilik kat ibu-ibu yang ada anak bawah 2 tahun. Tapi ayah alif pulak tak boleh cuti. Alhamdulillah, ibu ramai adik beradik. Semua makcik alif, ngan sepupu ikut p PD. Aku sibuk berkursus, jadual padat! Alif berjalan dengan sepupu2 ngan makcik2nya. Balik bilik alif tidur lenaaaaa...huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 19 September 2012

nak 1 bolehhh.....?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 16 September 2012

alif 5 bulan

Alhamdulillah...semalam alif dah 5 bulan.  Comot mukanya..ruam susu..kejap ada, kejap xde..mcm biskut lak eh..


alif dah kenal ibu ayah

alif dah pandai pusing bila org nak ambil (xnak org lain la maksudnye tu)

alif dah pandai hulur tangan bila org hulur tgn nk dukung

alif dah pandai senyum

Alif pandai gelak

alif dah pandai gurau (buat2 batuk)

alif  dah ada 2 batang gigi bawah

alif dah berdiri tapi dalam walkerlah..hehe

paling alif pandai, tgk tv ler..

Alif dah menyemburrrr

Tapi alif xtau meniarap lagi...xpe..pelan2 ye alif..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 15 September 2012

rezeki

Kenapa pertikaikan rezeki orang lain? Tetamu yang datang rumah, dikatakan rezekinya kalau kita terpikir nak masak lain dari yang lain. Waima kita masak simple, tetap dikatakan rezeki.


Kita, tuan rumah, keluarkan rezeki (duit) untuk menjamu tetamu makanan yang pastinya terbaik dan sedap. InsyaAllah, niat yang baik, rezeki kita pasti tidak kurang. Seperti sedekah, walaupun kita kekurangan, pasti rezeki itu akan bertambah. Sentiasalah ingatkan diri. Rezeki yang kita dapat bukan hak kita sahaja. Sebahagiannya adalah rezeki orang lain yang disalurkan melalui kita. Janganlah mengeluh kerana menjamu orang, kita lari bajet. Ada rezeki lain darinya. Mungkin ini caranya Allah nak tolong kita berkongsi rezeki yang dibagiNya.


Bersyukurlah..bersyukurlah kerana kita tergerak berkongsi dengan orang lain. Bersyukurlah kerana Allah menolong kita untuk berkongsi rezeki yang Dia bagi.


Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang BESAR tersembunyi. Wallahualam...






Ps: alif tgh tido..kena masak cepat kalau x, maunye x mkn..huwaaa..! Daaaa....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 14 September 2012

seronok borak ngan atok aman ye...

Ahad lepas, (cite dah basi...kikikih..) ayah mertua datang beraya rumah kami. Pandai alif layan atok dengan nenek kiahnye. Seronok ye alif ' borak' dengan atok aman. Hari-hari jumpa atok ja-ie..hari tu jumpa atok aman, nak tido pun x jadi ye alif.


Sebenarnya hari tu jugak mak su asben dgn anak2nye datang. Mak, kakak, adik2 dengan anak buah aku ada datang jugak. Tapi x teringat nak ambik gambar sebabnya budak2 ralit main game kat tab ni. kamera pun lupa nak keluarkan. Al maklumlah..rumah ni jarang orang bertandang. Hihihi.. Sorry ye mak sue..xde gambar beraya kat umah kami.huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 6 September 2012

alif dapat kereta...

Tekun sungguh ngadap mainan atas tu.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 2 September 2012

dah ade gigi laa...

22/8/2012-Nak tido tapi dah masuk buai pun bunyi2 lagi merengek. Pelik gak..bagi puting, gigit2, dikeluarkan balik. Pelik. Aku rasa gusinya. E'eh..dah ade gigi la! Patutla serba x kena. Patutla rasa dedar je. Demam nak tumbuh gigi rupenye. Alhamdulillah demam x kuat. Sekali dengan selsema dan batuk lak tu. Gara2 balik lewat malam kot. Rezeki alif, selsema dgn batuk x tahap meleleh, x tahap batuk x leh tido. Alhamdulillah. Antibodi kuat anak ibu ni. Semangat lawan sakit kuat ni. Lena je tido.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 31 August 2012

ALIF ZHAFRAN BIN MOHD SHAZMAN

Lahirmu ke dunia satu anugerah yang tidak ternilai. Mengajarku erti pengorbanan. Pengorbanan masa, kesabaran yang tinggi. Membuatku lebih menghargai insan keliling. Membuatku berfikir begitu hebat seorang ibu yang membesarkan anak-anaknya. Ah! Betapa lemahnya diri ini! Aku perlu kuat dari segala segi.

Ya Allah, pinjamkanlah aku kekuatanMu walau seketika, pinjamkanlah aku kesabaranMu walau seketika agar aku dapat melatih diri yang lemah ini. Ya..aku sedar..segala dugaan yang Kau beri adalah untuk melatih diri yg lemah ini. Terima kasih Ya Allah..

Alif Zhafran = sahabat baik kejayaan. Jadilah anak yang mendengar kata, menghormati orang tua, bertimbangrasa dan penuh tanggungjawab dari segala segi terutama kepada agama. Agar kamu mendapat kejayaan dunia & akhirat.



# alif dilahirkan pada 15 april 2012.. Jam 10.37 malam.. Terima kasih atas doa kalian.. :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 30 March 2012

Menghitung hari...

Alhamdulillah..kandunganku telah mencecah 38 minggu. Bak kata kawan aku, dah boleh keluar sebab,anak keduanya selamat keluar waktu minggu ke 37. Suami kawan aku suruh operate cepat sebabnya malas nak layan permintan dia. Asik nak urut je. Hehehe...

Pagi tadi, aku kena minum air gula gara2 berat aku sepanjang mengandung ni melebihi tahap normal. Normal setakat 12kg je tapi aku sampai 18kg!!

Tapi tadi scan, anak dalam kandungan semua sihat.Perut aku xde la besar mana. Doktor pun pelik. Berat ibu yang lebih ni. Huhu..

Tengah tunggu doktor bincang pasal kandungan sorang ibu, nurse datang panggil doktor.. Doktor! Patient collapse! Seriau dengar. Patient tu pengsan jap pas minum air gula. Alhamdulillah aku x apa2. Cuma pening sikit je lepas minum air tu.


Semoga segalanya dipermudahkan..InsyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 1 February 2012

wordless wednesday


tak pernah2 aku buat entry 'wordless wednesday'..



Ya Allah..permudahkanlah segalanya...amin...