Sunday, 14 December 2014

Cucur kembung manis

Assalamualaikum..

Pagi tadi buat cucur kembung manis. Dah lama nak buat tapi selalu sangat tak cukup bahan.

Hehe..bahannya mudah aje. Almaklumlah jarang duduk rumah. Hari hari sampai malam. Sebab tu la barang asas pun takde.

Resepi google sendiri la ye. Mudah je. Tepung, susu pekat manis, air panas dengan garam sikit.

Jom masuk dapur! Ngeeee...rajin sangat ler.

Saturday, 13 December 2014

Masak untuk anak anak

Assalamualaikum...

Lama tak singgah blog. Lama tak post cerita2 menarik. Lama tak menulis.

Hari ini suami kerja. Tinggallah dengan anak anak. Anak anak dah kuat makan. Ibu pun kena la rajin masak. Ibu buat sup ayam untuk abang Alif dengan bubur nasi untuk Annur.

Tengah masak kat dapur alif mintak sup sambil tunjuk kat maggi. Aik? Itu bukan sup la alif. Nak jugaaakk... ok! Sup dah siap. Ibu bagi alif maggi sup!! Laju je dia makan. Yang seronok ibu tengok alif makan lobak! Wahhh! Bagus! Bagus! Mesti opah yang ajar ni. Terima kasih mak! Hehe..

Monday, 13 January 2014

Sabar

Sabar ada batasnya. Gunakan kebaikan orang lain pun biarlah berpada. Eh! Ada orang kisah ke? Memang tak lah kan..

Orang yang paling dekat la yang merana..yang makan hati..yang pendam perasaan.. yang kena guna pun x kisah kot.. x perasan kot. Memang x perasanlah sebabnya 1 hari x tanya khabar. Entah apa perasaan ntah.

Nak berbaik dengan orang pun berpada padalah.

-Entry sakit hati-

Sunday, 12 January 2014

Alif dan ayah

Alhamdulillah...alif zhafran membesar dengan sihat..tak lama lagi adik akan lahir. Ibu harap alif menjadi abang yang sayang adik..abang yang bertanggungjawab terhadap adik.

Thursday, 18 October 2012

Usaha yang terbaik

amalkan baca semasa sujud terakhir solat fardu (2 orang anak, baca 2 kali)


anak akak tu dapat anugerah dekan
tiap-tiap semestar
oh! tak sangka
anaknya pandai, bijak
anak dia tengah tunggu tawaran belajar kat Luar Negara

kakak itulah yang rajin masak
masak banyak, makan ramai-ramai kat pejabat
selagi ada, selagi itulah dia pelawa
boleh dikatakan tiap minggu
pasti ada makanan yang dimasak

Allah membalasnya dengan mengurniakan
anak yang bijak, pandai
berjaya tiap semestar
itulah rezeki yang tersirat
yang mungkin kita tak perasan

janganlah teragak-agak
buat kebaikan, banyakkanlah memberi
Allah balas dengan
pelbagai cara
antara sedar atau tidak
buatlah dengan rela hati

lain orang, lain hikmahnya
redhalah kerana setiap apa yang Allah bagi
itulah yang terbaik untuk kita
berusahalah untuk mendapat yang terbaik dariNya




** ambil iktibar setiap apa yang berlaku disekeliling kita**