Friday, 21 May 2010

sabarlah wahai insan

Apa yang boleh kulakukan?
Ditelan mati mak, diluah mati bapa.
Nasihat?
Tidak boleh buat masa ini.
Jiwanya celaru mana mungkin
boleh mendengar nasihat
atau kata2 perangsang.
Hanya air mata
yang dapat membantu
tika diri sedang walang.
Sabarlah wahai insan.
Biasakanlah dengan keadaan ini.
Jiwamu akan menjadi kebal dan tabah.
Redhalah wahai insan.
Keadaan ini hanya sementara.
Diluar sana banyak lagi
dugaan hebat yang belum kau tempuh.
Jadikan perkara ini
sebagai asas dirimu.
Tabahkan hati, cekalkan semangat.
Redha akan apa yang berlaku.
Nescaya kamu akan biasa dengan keadaan ini.
Sabarlah.
Ini hanya ujian kecil buat kita semua.
Apa yang penting,
kuatkan hatimu wahai insan.

2 comments:

b a r | n e said...

Sabar..tak semudah melafazkannya, tapi indah bila dilalui.

Cheer up ok :)

~lina talib~ said...

ya..indah bila dilalui.. :)