Thursday 13 May 2010

bermain dengan perasaan sendiri?

Kadang-kadang, semangat, kekuatan, keyakinan diri akan pudar. Itu semua kerana dugaan yang kita hadapi hari-hari. Dan kadang-kadang, kita dapat atasi dengan baik tetapi kadang kala kita tewas dengan perasaan sendiri. Meluahkan kepada sahabat yang boleh dipercayai mungkin boleh meredakan tapi meluahkan dengan air mata mungkin lagi melegakan tetapi, yang paling mujarab, meluahkan kepada Allah Rabbul Izzati dan menangis kepadaNya.
Meluahkan kepada sahabat mengharapkan nasihat dan dorongan Carilah orang yang boleh dipercayai, sahabat yang kita selesa untuk bercerita. Seorang sahabat yang sedia mendengar dan memberi nasihat yang boleh dijadikan panduan. Mengeluarkan air mata supaya hati lapang dan lega dan jangan di lupa kepada Rabbul Izzati,bagi mengharapkan keyakinan, pertolongan dan keampunan dariNya.

Kita sebagai manusia, sentiasa memerlukan dorongan dan motivasi. Carilah buku-buku atau majalah yang mempunyai motivasi, yang boleh mengembalikan semangat dan keyakinan diri selain dapat menambah ilmu pengetahuan. Walau sehebat mana dugaan yang diterima, hidup perlu diteruskan dan ianya akan sentiasa berputar. Jiwa yang kosong akan jatuh, jiwa yang yang berilmu agama akan berjaya dunia akhirat. Wallahualam.

-gambar dari google-

No comments: