Friday 21 May 2010

ikhlaskan hati

Hati yang ikhlas tidak mengharapkan balasan. Jauhi diri dari buruk sangka yang boleh membuatkan kita rasa tidak selesa. Kita sebagai manusia perlu faham apa kehendak manusia. Masukkan diri kita dalam situasi orang yang memerlukan pertolongan agar pertolongan tanpa balasan itu diredhai Allah. Mungkin kita akan mendapat pertolongan dengan cara lain yang tanpa kita sedari. Perlu sentiasa ingatkan diri supaya memberi pertolongan tanpa balasan tetapi apabila kawan memberi balasan, tidak perlulah kita tolak supaya dia tidak kecil hati. Jika kamu menjadi tempat kawan meluahkan perasaan, meluahkan resah dan kecewa, dengarlah dengan ikhlas. Apabila kamu meluahkan kepadanya tetapi tidak dipeduli janganlah kamu kecewa kerana rakan itu mungkin tidak sedar akan keresahan kamu. Terima seseorang dengan seadanya kerana dia juga insan yang tidak sempurna.

No comments: