Friday, 2 October 2009

~PATUTKAH?~

You hurt my heart
Patutkah ayat ini dikatakan kepada seorang ibu?
Walaupun tidak secara langsung?
Patutkah?
Jangan kau melukakan hati ibumu
Dia hanya hendak yang terbaik untukmu
Apa yang dia lakukan hanya untukmu
Ya, engkau tidak setuju!
Tetapi fahamkanlah dia apa kehendakmu!
Ceritakan padanya apa perancanganmu!
Sedarlah…
Tanpa restunya, engkau tidak akan berjaya
Adakah engkau tahu dia terluka?
Adakah engkau tahu betapa sakit hatinya?
Adakah engkau tahu hatinya menangis?
Tidak…
Engkau tidak tahu
Kerana engkau hanya berfikir mengikut jiwa remajamu
Ingatlah
Redha Allah, bergantung kepada redha kedua ibu bapa…


-2.04 p.m, office-

2 comments:

fyziviruss said...

syurga di bawah telapak kaki ibu

~lina talib~ said...

setuju! :)