Monday 5 October 2009

~ dia yang kamu cari jua ~

lembutkanlah hatimu …
demi org yang menjagamu
engkau tidak kan rugi apa-apa…
hatimu akan tenang setenangnya…
hilangkan sifat dendammu
sifat itu akan memakan dirimu
lupakan apa yang dikatakan padamu
kerana kemarahannya, dia gagal mengawal perasaan
gagal mengawal fikiran dan percakapan
mungkin juga kerana hatinya terluka
kamu tidak layak untuk berdendam kepadanya
kamu hanya layak menyayanginya
walau apa sahaja yang dibuat
kerana kamu hanya seorang anak
yang akan mencarinya jua ketika kamu kesedihan
kesusahan, kekecewaan…
tidak ingatkah kamu…ketika kamu dizaman kampus dahulu?
siapa yang kamu cari untuk meluahkan perasaan sedih dan kecewa
ketika kamu dikhianati kawan?
Ya, dia yang kamu cari…
dia yang membesarkanmu dengan kesabaran dan kecekalan..
suatu hari, dia yang kamu cari jua...

No comments: