Thursday 22 October 2009

- KAHWIN -

Alhamdulillah…hari hari dapat berita tentang kawan-kawan yang nak menamatkan zaman bujang. Semoga kalian semua berkekalan hingga ke syurga. Aku? InsyaAllah akan menjejaki kalian..bila? wallahualam..calon pun tak ada sebenarnya,hehe...
Kepada siapa yang ingin menamatkan zaman bujang, tamatkanlah sekali mesej2 jiwang yang anda beri kepada rakan2 perempuan/lelaki. Padamlah mesej2 yang akan mencurigakan hati isteri/suami anda. Mana tau samada dia membelek telefon anda masa anda tidak sedar.
Bukan apa.kesian kepada rakan2 perempuan/ lelaki anda yang menerima mesej daripada suami/isteri anda yang menyuruh supaya tidak lagi mesej atau telefon suaminya. Kalau ayat yang diberi agak sopan, tidak apa la juga. Cuba fikir kalau rakan anda mendpt mesej yang berbaur kemarahan, yang menunjukkan kita ni mangganggu rumah tangga orang.padahal sudah lama rakan itu tidak mesej anda.sedih.sungguh sedih.
Tetapi apa salahnya jika isteri / suami anda meneruskan persahabatan dengan rakan lain jantina? Tidak perlu risau kerana anda sudah tentu pilihannya.tidak perlu ragu-ragu jika anda telah memilih dia sebagai teman hidup.tidak perlu memutuskan silaturahim sesama manusia. Apa yang perlu, hanya kepercayaan dan usaha anda untuk membahagiakan dia dan memanjangkan usia rumahtangga anda.

No comments: