Friday 31 December 2010

Majlis kawan aku

Majlis pada 25 Disember 2010. Seminggu selepas majlis tunang aku. (nak letak jugakkk!)

Pengantin yang comel lagi cantik..

Semoga kekal hingga ke syurga


dapat jumpa dengan anak angkat aku a.k.a. anak kawan aku la.. Rasyad Hidayat nama si comel.
awat la muka berkerut nak nangis rasyad oii..
Pengantin turun pentas, kami cepat2 kejar.hihihi..nak balik dah. nanti kena rebut dengan kawan2 lain.
semua nak bergambar ngan raja sehari.



Selamat bertunang kepada....SAYA!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..
Majlis tunang aku selesai dengan jayanya..(ececeh) walaupun sebelum majlis macam-macam jadi. (perkara biasa org kata)
Majlis berlangsung pada 18 Disember 2010 yang lalu. x sempat nak post entri awal2. (sibuk la konon)
Majlis yang sederhana.

Kehadiran yang x disangka. 

Alhamdulillah.. :)




Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


baru je nak log out facebook, dapat notification, "Siti Norina Bt Omar posted on your wall". ternganga kejap  :-0 ups!  :)  (nasib xde sape perasan) baiklah cik noi..

1) Jadi Followers eqbalzack.com - dah jadi follower
2) Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" - sudah buat entri
3) Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. - banner kat atas tu
4) Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. - wantie
5) Tinggalkan link anda pada entry ini. - selesai sudah..ooyeaayyy!!

Thursday 30 December 2010

Geram?

sedih..sadis..geram..
apa kes?
macam-macam kes
nak buat apa pulak?
fikirlah sendiri
guna hati
akal yang ada
jangan guna amarah
sia-sia sahaja
ingat padaNYA
DIA sentiasa membantu
antara sedar atau tidak
cuma ingat
apa yang terjadi
semua bersebab
redha
hatikan tenang
tiada resah
tiada salah menyalah
pasrah

Wednesday 29 December 2010

sibuk ker?

sangat sibuk
sibuk sangat
orang borak sana sini
aku duduk diam-diam di sini
bukan duduk diam saja-saja
mata melihat
akal berfikir
hati mengira
tangan tekan-tekan kalkulator
tekan - tekan papan kekunci
pegang-pegang pen dan kertas
bila nak habis?
tunggu tarikh garis (dateline) habis

~takkan habis-habis~

Wednesday 8 December 2010

Bertuah ker? rasa sangat bertuah! :)

Cabutan bertuah Annual Dinner Company. Oktober 2009. TV itu aku yang punya! hehe.. Dulula... dah jual pun...sebab? ade la..

Cabutan bertuah Sambutan Hari Raya Jabatan Bendahari - hamper. kau ade? hehe..

Cabutan bertuah Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pendaftar - baucer tiket penerbangan ke Denpasar Bali. Bagi kakak yang membantu. hehe..

Saturday 27 November 2010

muhasabah cintaku

Tuesday 23 November 2010

sejadah corak khinzir?


SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.


Pilihlah barang untuk beribadah dengan teliti. Biar mahal asalkan berkualiti. Tidak akan rugi orang2 yang menghabiskan duit untuk beribadah.

Bukit Broga II

                        yeah! akhirnya dapat naik jugak..tapi baru bukit pertama....hehehe..





mari duduk rehat dulu.. ^-^



x sampai puncak lagi ada hati tengok gunung tok wan.haha

satu2nya laluan untuk ke puncak..


akhirnya...haruslah sampai ke puncak!
seronok dapat berdiri kat tempat tinggi...jangan terjun sudah..

dah penat mendaki, memanjat, mari kita isi perut dulu!

x perasan member ambik gambar

mari kita pulang!

Monday 22 November 2010

Hari yang seronok!

Seronok sangat2! Kenapa seronok? Sebab seronok la! Dush! Dush! Dush! Keje banyak hari ini. Memang seronok. Cepat je masa berlalu. Xde la aku kacau orang yang tekun buat kerja. Tapi itu sebelum lunch hour. Lepas lunch hour leka dengan intenet. Buka blog sana sini sambil layan facebook dan ym. Lagi 1, layan telefonku, nyawaku juga.. 1 lagi nyawa kena off buat sementara waktu. Kalau borak dengan kawan2 lama, kawan susah senang masa kat kolej, memang tak boleh berhenti. Berhenti kejap pun sebab buat baucer segera. Urgent ok! Jangan main2 dengan borang urgent nanti bos yang datang minta baucer segera tu. X ke malu? Haru! Dah bosan atau mengantok, boleh la layan intenet kejap. Yang penting kerja tetap kerja. Ingat tu kawan2. Ape yang penting, kerja mesti siap!

Wednesday 17 November 2010

Cuba-cuba

Saja cuba2 post guna hp.boleh ke agak2?

Tuesday 16 November 2010

Bukit Broga!

Akhirnya...dapat gak aku panjat Bukit Broga! Dah lama nak panjat sebab mereka2 kata pemandangan kat atas tu cantiikkkk..

cabaran 1.7km bermula...


aku teruja sampai tertinggal kawan2ku..cepat la wei!

kalau nak naik bukit, aku nasihatkan jgn la pakai selipar. gambar kat atas tu kire ok lagi. ada yang pakai selipar jepun! Adoyaii...kesian kaki tu.. (gambar xde kena mengena ngan aku)

pakailah kasut yang sesuai ok! (kaki siapa ntah)


Subhanallah..cantik..




punyala ramai orang nak naik..yang turun pun ramai gak..mendongak aku tengok bukit ni..berdebar dada.. boleh ke aku naik?

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha dari kami sekeluarga.

 

 

Wednesday 3 November 2010

Macam-macam

Ibu dia suruh baca buku, dia pulak panggil-panggil ibu” Ibu……ibu…..
“Padahal ibu depan mata dia je. Teringat mak dulu, tengah basuh kain, sorang sorang tanya soalan matematik. Tertoleh toleh mak tengok soalan tu.”
Mak mengimbas zaman kami sekolah dulu. Mak kat bilik air pun kami tanya kerja sekolah.
Teringat artikel yang pernah aku baca. Sesibuk mana pun, anak tetap penting. Anak akan rasa dihargai dan rasa kewujudan dirinya. Untuk lebih lanjut baca blog UZAR.
Mak bercerita lagi. Dulu makan ramai2. Masing2 tau nak buat apa. Bentang surat khabar (rumah kami xde meja makan, xde kusyen), hidang nasi, gulai, sayur. Makan ramai2. Baca doa makan. walaupun bergaduh mulut x puas hati, kemas tetap sama2. Biasalah adik beradik 8 orang. Penuh 1 rumah. Bila masing masing ada yang sekolah pagi petang, waktu makan malam tetap bersama. Itu dulu.
Lepas sorang2 keluar rumah (sambung belajar kat U @ kolej ok) Makan berjemaah cuma pada Ramadhan saja.


Aku yang pelik ke, degil ke, x paham keadaan ke, x paham perasaan orang dalam rumah? Hehe.. Ramai2 orang kat rumah tu, aku la yang rajin bawa kawan datang rumah. Siap bermalam lagi kat rumah yang comel tu. Aku juga la yang suka bermalam rumah kawan. Tak kira rumah mak ayah atau rumah sewa mereka. Berkali-kali pula tu. Yang paling tak lupa, pergi rumah kawan masa raya haji. Raya Haji ok! 

Tapi semua dengan keizinan mak ayah. Walau aku kat Melaka,(dulu belajar kat Melaka) mak kat Bangi, sebelum keluar hostel, telefon mak, bagitau nak keluar pergi bandar. Kawan2 yang lain semua mungkin pelik. Tapi aku peduli apa! Restu ibu kan penting.  :D


Baru2 ni aku pergi sini lak


 Kompleks Penjara Kluang



Watpe kat situ? Kawan aku cikgu kat sekolah integriti. Sekolah dalam penjara. Mengajar budak2 juvana. Berani x dia? Hehe.. Seronok dengar dia cerita pengalaman mengajar kat sana. Tu namanya dia ikhlas mengajar x kira siapa. Kali ni pergi Kluang dia bawa masuk kuarters penjara. Kebetulan ada raptai sempena Hari Penjara Kebangsaan. Aku memang suka tengok orang pakai uniform. (Bakal pun suka pakai uniform) Lalalala~







 mari kira pulang!

Tuesday 2 November 2010

Jenis Makanan - Diet Rasulullah -

sumber : Email
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan minum SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam

Sunday 10 October 2010

Hanya padaNYA

Hati gundah gulana
apa yang dibuat serba tidak kena
betulkah tafsirannya?
hati begitu kuat mengatakan tidak!
kerana ku tahu diriku 
yang sukar untuk menerima seseorang
termenung sini sana
kerana memikir tafsirannya
tidak lupa kepadaNya
diri terasa bertuah berkawan 
dengan anak seorang ustaz
lantas dia merujuk kepada bapanya
syirik! mana ada solat hajat 12 rakaat 1 salam!
jgn jumpa nujum pak belalang!
hanya meminta kepadaNya!
aku tersenyum, lega.
hanya padaNya ku meminta
Ya Allah ampunilah daku.


Thursday 2 September 2010

Bersyukurlah

Baru2 ni terima mesej dari kawan kolej. Seorang pemegang ijazah dan juga seorang isteri. Tidak bekerja selama setahun lebih. Katanya dah lebih 50 kerja dia mohon. Sampai 1 tahap dia hanya menggunakan sijil SPM sahaja. Dia dah usaha tetapi segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Rezeki kerjanya belum tiba lagi. Katanya lagi, duduk rumah mengadap intenet sampai tahap x tau nak cari apa.



Kepada pekerja 2 di luar sana, ambillah iktibar dari kisah kawan ini. Hargailah kerja yang kita buat sekarang. Tidak kira susah, mudah, banyak, sikit. Buatlah dengan ikhlas supaya Dia tidak tarik rezeki yang telah diberi. Kalau datang perasaan malas, biarlah berpada jangan sampai kerja terbengkalai.




Bagi rakan2 yang telah berusaha mencari kerja, anggaplah itu dugaan kecil. Carilah inisiatif lain untuk mencari rezeki. Mungkin Allah menurunkan rezeki dengan cara atau bentuk lain. Sentiasalah bersyukur.
Wallahualam.

Wednesday 25 August 2010

Pengisian Ramadhan

Sepanjang Ramadhan, tiap2 hari Jumaat, Jabatan akan adakan tazkirah selama 1 jam. Kedatangan adalah wajib ok! Kalau x wajib pun aku akan pergi juga sebab bila lagi nak dengar ceramah? Nak offer diri pergi masjid atau surau semata2 nak dengar ceramah, bergerak ke kaki nak keluar rumah? Peluang dah datang, baik rajinkan diri.

Ini antara ringkasan yang aku sempat salin. Ringkas je la.

13/08/2010 – Ustaz Ashraf bin Hj. Ismail-

Hadis Riwayat At-Tirmizi

Malaikat berkata pada malam Ramadhan :- Segeralah mengerjakan kebaikan, jangan ditangguhkan. Kepada orang yang berbuat kejahatan, berhentilah! Hormatlah bulan Ramadhan.
Pada bulan Ramadhan, Allah banyak membebaskan orang yang dijanjikan masuk neraka. (seruan ini berlaku pada tiap-tiap malam).

Abi Darda R.A.

Tidak ada 1 hari yang terbit matahari melainkan kiri kanan matahari ada malaikat.
Berpagi-pagianlah kamu kerana Allah. Janganlah dilalaikan dengan pendapatan2 yang banyak.
Berdoalah:- “Tolonglah Ya Allah, berilah ganti/nikmat yang berganda”
Apabila kita dapat keredhaan Allah, kita akan dapat keredhaan makhluk.


Abu hurairah R.A

Melakukan lebih 2 jenis kebaikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh malaikat dari pintu2 syurga.seperti pintu solat, pintu puasa, pintu sedekah.

Tahukah anda?
10 hari pertama Ramadhan – mendapat rahmat daripada Allah.
10 hari kedua Ramadhan – mendapat keampunan daripada Allah.
10 hari ketiga Ramadhan – Pembebasan dari api neraka.




20/08/2010 – Dr Fariza bt Md Sham-


Ramadhan adalah bulan penuh berkat. Bagaimana mengambil kesempatan untuk menigkatkan iman?

Sesungguhnya datang bulan berkat, pintu syurga yakni Ar-Rayyan dibuka, pintu neraka ditutup.

Peluang membina ibadah sebanyak mungkin.

Lailatulqadar – sentiasa bersedia kerana Allah akan bagi pada bila2 masa sahaja.

Orang lapar mudah marah menandakan puasa tidak berjaya mendidik jiwanya.

Melakukan yang wajib adalah takwa peringkat rendah.
Takwa peringkat tinggi pula, berjaya menghindar diri dari dosa besar dan dosa kecil.

Rasulullah S.A.W. berkata:

Seorang perempuan senang masuk ke syurga dan mudah masuk ke neraka.
    Masuk syurga dengan melakukan solat 5 waktu, berpuasa, memelihara kehormatan, mentaati suami, boleh masuk syurga dari mana2 pintu syurga.


Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan redha kerana segala nikmat berasal dari Allah S.W.T.

Sebagai manusia, kita perlu merancang tetapi Allah SWT yang tentukan.
Berterima kasih dan bersyukur kepada Allah dan makhluk (rakan2).
Jika kamu menghitung nikmat Allah satu persatu, tiada kamu dapat menghitungnya.

Bersyukur, tengok keadaan orang bawah dari kita.
Motivasi, tengok kejayaan orang atas dari kita.


Sifat bersyukur akan menambah nikmat keberkatan, punca ketenangan dan kebahagiaan, jiwa tenang dan bersih dan menjadikan tingkah laku yang baik dan terpuji.


Adat di dunia
Tidak semua kaya
Jangan meminta-minta
Nanti Allah murka

Tuesday 24 August 2010

memo oh memo..

Assalamualaikum wbt

Baru2 ni kami dapat surat cinta memo dari bos pentadbiran.hehe..biasalah memo tentang penggunaan intenetlah.apalagi..

Memo kali ni ada extra point. Kelakar ada, rasional pun boleh la juga. Antara isi-isinya :-
1) Penyalahgunaan Kemudahan Intenet Dalam Waktu Kerja
2) Berpolemik Mengenai Hal Politik Dalam Waktu Kerja
3) Bercerita Mengenai Hal-hal Peribadi Kakitangan Lain.

Point yang ke3 tu cam kelakar sikit. Camtu pun boleh ke? Mulut orang boleh ke kita tutup? Tutup boleh tapi kena penampar lak kang..haha..



Pc aku memang mengadap ke arah luar maksudnya belakang aku memang tempat orang lalu lalang, ke depan ke belakang. (tempat aku kat tengah2,ok) sangat x best! Yang best dekat dengan pintu.hehe..waktu balik kejap dah hilang, pintu dekat la katakan..  Disebabkan pc ngadap arah orang lalu lalang, aku pula salah seorang yang asyik dengan intenet.(bukan aku sorang je tau..RAMAIII)


nampak x pintu tu?

Mustahil la bos2, staff2 yang lalu lalang ke depan ke belakang x perasan ‘kerja’ kami. Nak buat camna bos..keja saya dah siap. Bos tengok la meja saya ni. Kosong bos.bersih!

tray kosong

Thursday 5 August 2010

Tuesday 20 July 2010

ucapan ulangtahun kelahiran dari sistem..buatku tersenyum di pagi hari..

Pagi2 log in kat sistem. pelik ada bunga2 kat atas gambar aku. bila perhati betul2 rupanya sistem bagi ucapan selamat ulang tahun kat aku. hehe..tersenyum sorang2 kejap.

 Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran
semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki

ups! hari ini terlambat 2 minit la pulak. ade perkara yang x dapat dielakkan. bukan sengaja yer. hehe.. dan bukan selalu. tak sangka lak tempat keje aku ni sistemnya boleh 'detect' hari lahir pekerja. bagus..bagus.
Hari ini juga hari lahir adik bongsu dan ayah kami. iye...kami bertiga berkongsi tarikh lahir yang sama!!  ^-^

Friday 16 July 2010

Syaaban

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan
dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya. 
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah
akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun. 
Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.


Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat,bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang  nujum,mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim. Nauzubillah..




 sumber:
sini  dan sini

Friday 9 July 2010

Kalimah Allah

Kalimah Allah

Kerja sudah siap..kepala sudah x sakit..meja sudah kosong (xde kerja nk buat)..klik2 ke blog orang.. jumpe entry yg menarik ni…nak kongsi ngan korang sume..






Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.




http://www.isuhangat.net/

ISRAK DAN MIKRAJ

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.
Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)
Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.
“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”
Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.
Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.
Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.
“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.
“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .
Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.
“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.
“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.
“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.
“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.
“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.








http://al-islam.wikidot.com/israj-mikraj

Wednesday 7 July 2010

Ohh~kemalasan untuk mengira telah datang kembali

Tolong! Tolong! Kepala dah berat gara2 mengadap keje non-stop. Sampai lupe nk minum air kegemaran (air mineral ler) dah petang2 camni, kemalasan telah datang menyapa aku..hoho…
Walaupun borang tinggal sikit je kena kira…kepala dah denyut ni, melembapkan tahap pemikiran aku. Ade salah kecik kang, bos kecik aku tu bebel manjang plak nanti..xpe..xpe…dateline oh dateline…aku kene kejar dateline…lina boleh! lina boleh! Sikit je lagi!

Tuesday 29 June 2010

Hari yang menyampah…tapi pengalaman ini bagus untuk diriku sendiri. Apa yang kau tidak suka itu adalah yang terbaik untuk dirimu. Pernah dengar atau terbaca x ungkapan ini? Adeh….aku x suka bercakap kat telefon walaupun x nampak orangnye. Lagi2 bile ade org dengar ape yang aku cakapkan. Memang aku x suka..hmmm…teruknye…aku takut org dengar aku salah cakap ker atau aku cakap tersangkut2..tergagap2? hmmm…dari dulu lagi aku x suka cakap kat tepon. Aku rela berjalan p tempat org tu cakap sal keje..tapi ni jauh sangat.. xkan aku nk p opisnye yang jauh? Adeeeehhhhhhhhh……….
Akak depan ni plak suara kuat…p tanye lak. Diam2 sudah la…ishhh! Nape ngan aku ni? Tetibe jer mood lari..hai la 'org besar'…jangan banyak songeh boleh x?

Sunday 27 June 2010

sentimental value

Sabtu minggu2 lepas (aku pun x ingat bila) mak kemas bilik. Pastu mak bagi 1 beg sederhana besar.Nah ni semua barang kamu. Aku pelik dah. Ada lagi ke barang aku? Rasanya semua dah ada kat bilik aku kami. Bila aku buka, aku gelak besar! Ni la sebahagian barang2 dlm beg tu...










hadiah besday yg ke 20..hehe..

ni aku tau la sape bagi..de gambar lagi..
Noraalwahida

ni pun aku tau sape bagi.. noorli aznita.. :)

ni plak rozana armila bagi..

kad2 yang kreatif..

terang lagi nyata..maizan yg bagi..

ni pulak salinah yg fanatik ngan ct nurhaliza

siti baiyinah anak bongsu tu sbb ade baby kat namenye (mcm2)

marina org melaka..

nor hazlin..ank bongsu gak...tu sebab ade baby..

kad ni sgt special..dari mentor a.k.a. pensyarah aku..
Puan Mimi Haidazatul Zuhanariah