Wednesday 25 August 2010

Pengisian Ramadhan

Sepanjang Ramadhan, tiap2 hari Jumaat, Jabatan akan adakan tazkirah selama 1 jam. Kedatangan adalah wajib ok! Kalau x wajib pun aku akan pergi juga sebab bila lagi nak dengar ceramah? Nak offer diri pergi masjid atau surau semata2 nak dengar ceramah, bergerak ke kaki nak keluar rumah? Peluang dah datang, baik rajinkan diri.

Ini antara ringkasan yang aku sempat salin. Ringkas je la.

13/08/2010 – Ustaz Ashraf bin Hj. Ismail-

Hadis Riwayat At-Tirmizi

Malaikat berkata pada malam Ramadhan :- Segeralah mengerjakan kebaikan, jangan ditangguhkan. Kepada orang yang berbuat kejahatan, berhentilah! Hormatlah bulan Ramadhan.
Pada bulan Ramadhan, Allah banyak membebaskan orang yang dijanjikan masuk neraka. (seruan ini berlaku pada tiap-tiap malam).

Abi Darda R.A.

Tidak ada 1 hari yang terbit matahari melainkan kiri kanan matahari ada malaikat.
Berpagi-pagianlah kamu kerana Allah. Janganlah dilalaikan dengan pendapatan2 yang banyak.
Berdoalah:- “Tolonglah Ya Allah, berilah ganti/nikmat yang berganda”
Apabila kita dapat keredhaan Allah, kita akan dapat keredhaan makhluk.


Abu hurairah R.A

Melakukan lebih 2 jenis kebaikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh malaikat dari pintu2 syurga.seperti pintu solat, pintu puasa, pintu sedekah.

Tahukah anda?
10 hari pertama Ramadhan – mendapat rahmat daripada Allah.
10 hari kedua Ramadhan – mendapat keampunan daripada Allah.
10 hari ketiga Ramadhan – Pembebasan dari api neraka.




20/08/2010 – Dr Fariza bt Md Sham-


Ramadhan adalah bulan penuh berkat. Bagaimana mengambil kesempatan untuk menigkatkan iman?

Sesungguhnya datang bulan berkat, pintu syurga yakni Ar-Rayyan dibuka, pintu neraka ditutup.

Peluang membina ibadah sebanyak mungkin.

Lailatulqadar – sentiasa bersedia kerana Allah akan bagi pada bila2 masa sahaja.

Orang lapar mudah marah menandakan puasa tidak berjaya mendidik jiwanya.

Melakukan yang wajib adalah takwa peringkat rendah.
Takwa peringkat tinggi pula, berjaya menghindar diri dari dosa besar dan dosa kecil.

Rasulullah S.A.W. berkata:

Seorang perempuan senang masuk ke syurga dan mudah masuk ke neraka.
    Masuk syurga dengan melakukan solat 5 waktu, berpuasa, memelihara kehormatan, mentaati suami, boleh masuk syurga dari mana2 pintu syurga.


Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan redha kerana segala nikmat berasal dari Allah S.W.T.

Sebagai manusia, kita perlu merancang tetapi Allah SWT yang tentukan.
Berterima kasih dan bersyukur kepada Allah dan makhluk (rakan2).
Jika kamu menghitung nikmat Allah satu persatu, tiada kamu dapat menghitungnya.

Bersyukur, tengok keadaan orang bawah dari kita.
Motivasi, tengok kejayaan orang atas dari kita.


Sifat bersyukur akan menambah nikmat keberkatan, punca ketenangan dan kebahagiaan, jiwa tenang dan bersih dan menjadikan tingkah laku yang baik dan terpuji.


Adat di dunia
Tidak semua kaya
Jangan meminta-minta
Nanti Allah murka

No comments: