Thursday, 1 October 2009

Andai kau berkawan

Andai kau berkawan,
janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan menjauhinya…

Andai kau berteman,
jangalah kerana kebaikannya,
kerana dengan satu keburukan,
kau akan membencinya…

Andai kau bersahabat,
janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau berkawan,
janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tak ceria,
mungkin kau akan menjauhinya…

Andai kau bersahabat,
terimalah dia seadanya kerana
dia juga adalah manusia biasa sepertimu…

3 comments:

babyarisha said...

cintai lah kekurangannya kerana disitu terletak kelebihan..
terimalah kelemahannya kerana disitu terletak kekuatan.
andai kau mampu menerima kedua-duanya..
disitu tertulis jalan untuk kamu dan dia..

fyziviruss said...

hai blogers kita kawan...;)

~lina talib~ said...

yer..kite kawan... :D