Thursday, 1 October 2009

-APA YANG SUDAH PERGI, BIARKAN IA PERGI-


Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebioh dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedmikian rupa supaya is tidak terkena cahaya, sebab is adalah suatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan – ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan dirimu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya? Memulangkan matahari kepada tempat terbitnya? Mengembalikan kanak2 ke dalam rahim ibunya? Dan airmata kepada matanya? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menagisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dab tragedy yang sangat dahsyat dan menakutkan.

Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. “Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu.” Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak dunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: “ Hei, jangan keluarkan mayat2 itu dari kubur mereka.” Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai: “ Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?” si keldai menjawab: “Aku tidak suka menipu.”

Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istan-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan Berjaya, sebab pada dasarnya is adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angina sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kea rah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup, sunnah alam.
-LA’ TAHZAN-

2 comments:

fyziviruss said...

sekali sekali kte kena pandang blgkang juga kn...

~lina talib~ said...

betull..utk betulkan kesilapan lalu...