Saturday 16 May 2020

Puasa di waktu PKP

Bismillah.

Alhamdulillah.

Puasa di kala Perintah Kawalan Pergerakan amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Tiada lagi bazar Ramadan, tidak perlu hantar dan ambil anak ke sekolah, turun naik tangga mengambil anak-anak selepas balik kerja. Tiada lagi kelam kabut nak masak untuk berbuka. Tiada lagi terawih di surau atau masjid. Alhamdulillah, dari sudut positif, semua mudah di atur. 

Bahan-bahan masak semua dibeli oleh suami. Bagi senarai barang yang hendak dibeli, balik rumah, barangnya berganda. Alhamdulillah.

Setiap hari masak untuk keluarga. Tak tahu nak masak apa, tanya sahaja anak nak makan apa. Walau tidak pandai masak, aku google atau tanya kawan-kawan yang mahir. Melihat anak-anak dan suami makan sehingga licin, suatu kepuasan dan sungguh menggembirakan hati. Sesekali, ada juga order dari luar. menambah apa yang ada, menukar selera. 

Walau diperintahkan duduk di rumah, pejabat di tutup, tetapi kami digalakkaan bekerja dari rumah. Seawal jam 7 pagi dah duduk dan membaca email yang diterima untuk membuat bayaran sebelum anak kecil bangun. 

Suatu cabaran apabila buat kerja pejabat dari rumah. Kerja pejabat, kerja rumah, pantau anak-anak dengan kerja sekolah mereka. Ada kala ke laut dalam. Kita berenang ke tepian semula. Mencari rentak. Begitu juga amal ibadah kita. Mencari kembali jalan yang betul. Back to basic. Jangan tenggelam di laut dalam. 

Alhamdulillah. Dapat merasa menjaga anak-anak sepenuh masa. Belajar sesuatu yang baru. Melihat kebolehan anak, mengasah bakat anak. 

Tiba waktu petang, waktu masak buat ibu-ibu. Mencabar juga apabila anak kecil merengek dan minta perhatian. Di sinilah belajarnya buat jadual masak. Dari jam 4 tukar masak awal. Sebelum waktu anak meragam. Jika tidak, berperang la kat dapur dengan anak menangis. Fuuh! Lain anak lain ragamnya. 

Alhamdulillah.



No comments: