Tuesday 12 May 2020

Bermulanya bisnes

Bismillah.

Bermula dengan berkawan dengan orang-orang positif di Facebook yang kebanyakannya berniaga, diri terjebak menjadi dropship serta agen produk. Pelbagai produk, tetapi hanya jual di kalangan kawan-kawan pejabat. Bertukar-tukar produk dan cakap pada diri sendiri, pilihlah mana yang mampu dan mahu teruskan.

Alhamdulillah, #cuckoodihati. Sendiri dah guna, hati terbuka untuk menjadi agen Cuckoo. Produk kelengkapan rumah. Penapis air, penapis udara serta periuk multi cooker yang memudahkan isi rumah. Produk yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Cuckoo juga telah menambah produk kecantikan yang dikenali sebagai wonderlab dan wonderklean untuk nyahkuman di rumah atau di pejabat.

Menjadikan Facebook sebagai medan membaca dan menambah ilmu, terlihat iklan buku untuk anak-anak. Sementelah anak yang kedua bakal menginjak ke sekolah rendah dan hasrat di hati hendak menghantar anak ke sekolah integrasi yang perlu melalui ujian saringan, latihan di rumah juga perlu untuk tingkatkan kemahiran membaca anak. Awalnya membeli untuk anak, lalu tertarik menjadi dropship menjual buku pendidikan awal anak-anak.

Wanita bekerjaya, isteri dan ibu kepada anak-anak, adakala diri sendiri tidak terurus. Mula mencari baju yang ringkas dan ironless. Alhamdulillah. Jatuh cinta dengan baju jenama Sabella dan menjadi agen dropship. Benda tak payah gosok, buat apa nak gosok. Sangat sesuai untuk diri sendiri dan sebenarnya ada lagi orang yang memerlukan baju seperti ini. Kain yang tidak panas dan selesa untuk bergerak ke sana sini menguruskan anak-anak sebelum dan selepas balik kerja. Setiap kali Sabella keluarkan baju baru, pasti sekelip mata kehabisan stok.

Alhamdulillah. suami selalu menyokong dan anak-anak memahami. Siapalah kita tanpa sokongan dari mereka.






No comments: