Monday 11 May 2020

SIAPA SAYA?

Bismillah.


Nama diberi, Maslina binti Abdul Talib yang dilahirkan pada 20 Julai 1983. Membesar bersama ibu ayah serta 8 orang adik beradik di sebuah rumah pangsapuri kos rendah di Bandar Baru Bangi, Selangor.



Belajar berkawan di Tadika Al-Istiqomah di bawah rumah flat. Belajar ABC, 123. Paling tak lupa menyanyi dan bernasyid. Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 6, Bandar Baru Bangi. BerjaAlan kaki bersama emak ke sekolah. Berdebar diri. Nama dipanggil, mendiamkan diri. Apa yang ditakutkan entah. Diam-diam seorang pelajar, dilantik juga menjadi Pengawas Pusat Sumber. Berkhidmat selama 2 tahun dan sempat di panggil di perhimpunan bersama 4 orang rakan lain kerana menyelerakkan buku. Kononnya nak kemas buku tapi tidak sistematik. Kenangan sungguh!



1996, zaman remaja bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Selangor. Dilantik juga menjadi Pengawas Pusat Sumber selama 4 tahun. Seorang pelajar biasa. Menjalani rutin pergi dan balik sekolah. Meredah hujan, jerebu tak lupa anjing-anjing yang berkeliaran. Beraninya kamu! Selepas SPM, mencari pengalaman bekerja di Kedai Buku Whizbook di Warta Bangi. Bukan setakat mencari buku untuk pelanggan. Pengalaman paling berharga, mula mengenali mesin fotostat, binding buku dan mengira amaun yang dikenakan. Keterujaan mengira sehingga salah berganda. Fuh!



Januari 2002, menyambung pelajaran Penilaian Insentif Pembelajaran (PIP) di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan Pahang selama 6 bulan dan menyambung Diploma Perakaunan di Kolej Profesional Mara Melaka sehingga Disember 2004. Selepas 3 bulan hanya duduk di rumah, mencari pengalaman di kedai telefon. Berjumpa dengan pelbagai bangsa, pelbagai ragam manusia. 



Julai 2005, mula bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai seorang kerani akaun. Pagi, dihantar ayah ke stesen Sungai Besi, menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai di pejabat. 



Alhamdulillah, 2 Disember 2009, melapor diri di UKM, Bangi sebagai Pegawai Tadbir Kewangan dan di tempatkan di Jabatan Bendahari sehingga sekarang, sebagai Penolong Akauntan. Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau hendak dustakan.



Status bujang bertukar berkahwin pada 30 April 2011. Dikurniakan 3 cahaya mata, seorang lelaki dan 2 perempuan. Alhamdulillah.



Berkawan dan menambah rakan yang positif di Facebook yang kebanyakannya mempunyai bisnes sendiri, lalu diri terjebak menjadi dropship dan agen pelbagai jenis produk sehingga kawan-kawan di pejabat nak cari barang, dialog mereka, "tanya Mas". "Cuba tanya Mas dulu"  :D


No comments: