Friday 17 January 2020

JUMAAT

Bismillah.

"Akak tunggu kat bawah. Dah turun panggil akak kat dalam." bercakap sambil jalan nak ke pejabatnya di bawah.

"Kak, kejap kak, nak pergi tandas dulu. Tunggu saya tau." menjerit sambil ke tandas.

"Kak Mas nak ikut tak?" tanya dia kepadaku.

"Akak nak ambil anak, pergi rumah ayah, pastu hantar anak dengan anak buah akak pergi masjid, ambil balik, hantar balik kw rumah ayah." Senyum.

Itulah rutin rehat Jumaat yang lama untuk aku. Tanggungjawab seorang ibu. Menghantar, mengambil, menunggu.

Walau baru 8 tahun, aku nak didik dia selalu pergi masjid dan surau. Kecil lagi? Tiada tahap umur untuk mengajar perkara yang baik kepada anak. Lagi-lagi berkenaan dengan agama.

InsyaAllah. Pengorbanan ini akan berikan sesuatu yang besar untuk diri ini. 😊

No comments: