Thursday 18 October 2012

Usaha yang terbaik

amalkan baca semasa sujud terakhir solat fardu (2 orang anak, baca 2 kali)


anak akak tu dapat anugerah dekan
tiap-tiap semestar
oh! tak sangka
anaknya pandai, bijak
anak dia tengah tunggu tawaran belajar kat Luar Negara

kakak itulah yang rajin masak
masak banyak, makan ramai-ramai kat pejabat
selagi ada, selagi itulah dia pelawa
boleh dikatakan tiap minggu
pasti ada makanan yang dimasak

Allah membalasnya dengan mengurniakan
anak yang bijak, pandai
berjaya tiap semestar
itulah rezeki yang tersirat
yang mungkin kita tak perasan

janganlah teragak-agak
buat kebaikan, banyakkanlah memberi
Allah balas dengan
pelbagai cara
antara sedar atau tidak
buatlah dengan rela hati

lain orang, lain hikmahnya
redhalah kerana setiap apa yang Allah bagi
itulah yang terbaik untuk kita
berusahalah untuk mendapat yang terbaik dariNya




** ambil iktibar setiap apa yang berlaku disekeliling kita**

No comments: