Monday 15 October 2012

Muhasabah diri


ku melihat seorang insan
tutur kata yang tidak sempurna
tetapi mencuba untuk berkata
tetap menghadiri kursus
yang memerlukan pertuturan yang jelas
sungguh berani insan itu
aku tidak seberani itu.. :(

seorang ibu
tabah membesarkan anak
bekerja keras walau tidak dihargai
kerja dengan ikhlas penuh kesabaran
agar diberkati Tuhan

seorang pekerja
kelam kabut buat kerja
untuk mengejar tarikh yang diberi
kesana kesini seorang diri

lihat sisi lain
tersengguk sengguk depan komputer
tapi bukan kerja yang terpampar
apakah?
oh! bukan kerja aku
dimana sifat bekerjasama?

bos oh bos
keluarlah dari bilik selesa itu
fahamilah kerja kakitanganmu
arahkanlah kerja bersama-sama
kerana mereka tiada sifat bantu-membantu

oh! batu api
ada dimana-mana pejabat
tiada sifat tolong-menolong
belah sana kau hasut
esok, belah sini pula kau mengata

oh! diri
sedarlah diri
rezeki dari Ilahi
keberkatan di cari
bukan kemurkaan diri
Ingatlah Ilahi
agar sedar diri
Muhasabahlah diri
dari orang disisi






11.30a.m.

No comments: