Saturday 15 September 2012

rezeki

Kenapa pertikaikan rezeki orang lain? Tetamu yang datang rumah, dikatakan rezekinya kalau kita terpikir nak masak lain dari yang lain. Waima kita masak simple, tetap dikatakan rezeki.


Kita, tuan rumah, keluarkan rezeki (duit) untuk menjamu tetamu makanan yang pastinya terbaik dan sedap. InsyaAllah, niat yang baik, rezeki kita pasti tidak kurang. Seperti sedekah, walaupun kita kekurangan, pasti rezeki itu akan bertambah. Sentiasalah ingatkan diri. Rezeki yang kita dapat bukan hak kita sahaja. Sebahagiannya adalah rezeki orang lain yang disalurkan melalui kita. Janganlah mengeluh kerana menjamu orang, kita lari bajet. Ada rezeki lain darinya. Mungkin ini caranya Allah nak tolong kita berkongsi rezeki yang dibagiNya.


Bersyukurlah..bersyukurlah kerana kita tergerak berkongsi dengan orang lain. Bersyukurlah kerana Allah menolong kita untuk berkongsi rezeki yang Dia bagi.


Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang BESAR tersembunyi. Wallahualam...






Ps: alif tgh tido..kena masak cepat kalau x, maunye x mkn..huwaaa..! Daaaa....


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: