Wednesday 10 March 2010

KISAH SI IKAN LAGA


Manusia menamakan aku ikan laga. Mungkin kerana spesis aku suka berlaga apabila diletakkan dalam satu bekas yang sama. Aku ditangkap untuk dijual dan dibuat perhiasan di rumah. Aku dan rakan-rakanku dipamerkan di dalam balang plastik di sebuah kedai akuarium di Bandar Baru Bangi. Badan aku berwarna biru.
Satu hari, sekumpulan perempuan melihat-lihat kami. Setelah puas hati, akhirnya aku menjadi pilihan mereka. Aku dibungkus dan dibayar dengan harga RM 4. Aku harap rumah baruku selesa dan cantik.
Aku dibawa pulang dan kudengar bunyi balang berlaga dengan guli-guli dan batu-batu. Aku tersenyum girang. Aku dipindahkan ke balang itu tetapi nyaris aku hanyut di dalam singki tuanku kerana aku terlepas dari pegangan tangannya.
Wah! Sungguh cantik tempat tinggal baruku. Ada rumput laut. Uh! Plastik rupenye. Mata apa yang merah tu? Oh! Si katak plastik rupanya. Pandai sungguh tuan aku bagi aku berkawan dengan katak plastik. Kanak-kanak di rumah itu sungguh gembira melihat aku di rumah mereka.
Satu pagi aku ditinggalkan. Oh, mungkin mereka pergi kerja dan ke sekolah.
Tetapi setelah berminggu lamanya aku keseorangan disini. Tiada org keluar masuk di dalam rumah ini. Kemana mereka semua? Kenapa aku ditinggalkan kelaparan. Badanku sudah tidak secantik dulu. Warna biru dibadanku tidak bersinar seperti dulu. Air di dalam balang ini sudah tidak sejernih dulu.
Mungkin aku dibeli untuk mewujudkan benda hidup di dalam rumah ini. Tidak mengapalah,tetapi aku kelaparan!
Satu hari aku terdengar pintu rumah dibuka. Tuan aku sudah balikkah? Terus aku dijenguk mereka. Mereka terus memberiku makanan. Mereka masih sayang aku lagi rupanya. Mungkin masalah kehidupan yang membuatkan rumah ini tidak berpenghuni. Aku perhati, mereka mengemas beg yg disumbat baju-baju. Aku akan ditinggalkan lagi? Apakah akhir hidupku disini? Mampukah aku bertahan tanpa makanan?



No comments: