Thursday, 29 April 2010

tulang anda sihat?

Sudahkah anda membuat pemeriksaan tulang? Kuku? BMI? Kandungan gula? Jangan ambil ringan dengan perkara yang aku sebutkan tadi. Semalam ada pameran kesihatan selama 2 hari kat opis aku ni. Aku pergi cek kandungan gula, ok lagi. Paras 59. Tak tinggi la tu. pastu pergi pula kaunter kira BMI. Dengan badan aku dan ketinggian, BMI aku normal..x perlu turunkan berat badan, x perlu tambah berat badan. Alhamdulillah. Lepas tu, aku pergi pulak kaunter cek kuku. Ingatkan nak tengok kuku sihat ke tidak rupenya bile misi tu scan kuku aku, katanye, aku kurang vitamin, ada masalah tulang? Ish…sebab x minum susu kot..pastu kurang darah. Dengan kuku je boleh tau banyak info? Hebat! Orang lain satu je masalah. Kurang vitamin. Aku sampai 3? Ape ni lina! X makan ker? Dah cek kuku, aku pergi, cek tulang. Kalau bab tulang ni aku tau sangat la resultnya. Kurang membanggakan. Sah2 aku x minum susu. Ok. Kat kaunter ni, semua staff pakai baju anlene. Xtau la dari hosp or dari anlene. Dorang ni cek guna 1 mesin. Letak kaki je. Sembur air. Xtau la air apa. Pastu tunggu la result mesin tu bagi. Kemudian, pergi kat kaunselor yang menerangkan kesihatan tulang aku yang x berapa sihat ni.
Staff : cik ke puan?
Aku: cik (sambil tersenyum)
Staff: ok cik maslina (kena isi borang k) carta menunjukkan tulang dalam keadaan sederhana. Cik belum kawin, sepatutnya kekuatan tulang kat bahagian hijau menandakan tulang cik sihat. cik dikira ada risiko sakit tulang bila umur meningkat.
Aku tersengih je la dengar. Nak buat ape lagi?
Staff: Cik minum susu jenama apa?
Aku: x minum susu. (sambil tersenyum lagi)
Staff: ok. Saya sarankan cik minum susu anlene regular atau anlene coklat. Dalam usia cik, boleh lagi bina tulang supaya jadi kuat dan sihat. Amalkan minum susu 2 gelas sehari.
Aku angguk2, senyum2.
Staff: Adik ada amalkan minum minuman kafein? Kopi atau Nescafe?
Aku: xda (geleng2 kepala)
Staff: ada minum air bergas?
Aku: xde (senyum2)
Staff: Bagus. Amalkan minum susu 2 gelas sehari, pagi dan malam, banyakkan bersenam dan sentiasa buat pemeriksaan tulang ye dik. Sekurang-kurangnye sekali setahun. Ok.. itu saja
Aku: ok, terima kasih.
Haha! Balik umah aku kene bebel ngan mak pulak! Suruh minum susu xnak minum. Jaga tulang tu. nak guna sampai tua. Wawawa! Sampai hari ni pun mak bising.huhu.. itulah mak yang sayangkan anak. Hehe.. Aku kena displinkan diri aka paksa diri minum susu la nampaknya. Nak sihat maa.



Sedikit info untuk kamu-kamu

Some Facts to Consider
• Bones can begin to breakdown from age 25.
• By weight, our entire skeleton replaces itself every 7 to 10 years.
• Bone is constantly being rebuilt.
• Did you know bone is a living tissue?
• As many as 4 out of 5 people with poor bones don't know that they have it.
• Poor bones affects 1 in 3 women over 50 years worldwide
• Poor bones affect 1 in 5 men over 50 years worldwide.
• Women in Australia are on average not meeting their daily calcium requirements.
• Average calcium intake for women over 19 years is 749 mg/day. The current Recommended Dietary Intake (RDI)1 for food labeling is 800mg/day although many require up to 1000 - 1300mg/day depending on gender and age.
• Mean dietary vitamin D intake in women = 1.2 ug/day. The RDI1 is 10ug.

tulang sihat dan tulang rosak


mesin ni la yang aku cerita tu..

nak tulang sihat? minumlah anlene!

~gambar dari sini~

1 comment:

armouris said...

info tentang tulang sihat di SIHAT SELALU - Pemakanan Untuk Tulang Sihat