Thursday 13 May 2010

kenapa ya?

-google-


Kenapa ya?
Masa sekolah mak x bagi keluar jalan2 dengan kawan2?
Kenapa ya?
Emak x bagi keluar malam? Kalau keluar siang balik mesti sebelum malam.
Kenapa ya?
Emak selalu tanya siapa yang telefon, mesej dengan siapa?
Kenapa ya?
Emak selalu bising. Semua x boleh.
Kenapa ya?
Kakak pesan kalau keluar atau balik lambat, bagitahu mak kat mana.
Telefon mak. Mesti kena bagitau ker? Sebelum keluarkan dah bagitahu.
Kenapa ya?
Apa aku buat, semua salah? Apa yang betul? Takkan nak berkawan pun x boleh?




Masa sekolah, umur remaja, cepat terpengaruh dengan rakan-rakan. Fikiran singkat, cepat memberontak. Mak x nak anak2 mak tepesong akhlak.


Emak x bagi keluar malam sebab 1 keluarga ada kat rumah. Kan bagus duduk rumah, boleh borak2, gelak ketawa, gaduh2 ngan adik beradik. Masa tu je kita dapat berkumpul hari2.


Emak tanya siapa telefon, dengan siapa mesej sebab, mak pun nak kenal dengan kawan2 anak2 mak. Senang hati mak kalau anak2 mak nak kuar dengan kawan2.


Mak bising bukan bising kosong. Cuba fikir apa yang mak bisingkan. Cuba fikir apa yang mak cakapkan. Bukan pekakkan telinga. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Kakak pesan macam tu sebab, x sampai hati tengok muka risau mak. Keluar masuk bilik tengok anak mak dah balik ke belum. Sampai hati ke buat hati mak x tentu arah kenangkan anak x balik, xde berita?


Fikir balik apa yang mak cakapkan. Fikir dalam2. Semua terpelajar. Semua pandai fikir. Semua dapat bezakan apa yang betul, apa yang x betul. Berkawan x salah tapi biarlah mengikut syariat. Berkawan x salah tapi biarlah ada prinsip sendiri. Jangan tercabar dengan kawan sampai melanggar hukum agama. Kerana nak jaga hati kawan, hati emak sendiri terguris. Perlukah?


-KEREDHAAN ALLAH BERGANTUNG KEPADA KEREDHAAN IBUBAPA-

~soalan apa lagi yang berlegar dikepala anak remaja sekarang?~


2 comments:

norinaomar said...

Bile dah beso,baru rasa rindu nak kene bebel..

~lina talib~ said...

betapa nikmatnya kena bebelkan..hehe..